Pages

Tuesday 18 June 2013

DATUK JAHARA DILANTIK KETUA PEMBANGKANG DUN PULAU PINANG

"Kita sebelum ini mengesyorkan nama beliau (Jahara) untuk menjadi ketua pembangkan di DUN dan ia diterima sebulat suara oleh sembilan ADUN BN. 

DATUK JAHARA DILANTIK KETUA PEMBANGKANG DUN PULAU PINANG
- Gambar Carian Google


ADUN Telok Air Tawar dilantik ketua pembangkang DUN Pulau Pinang


GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid dilantik menjadi ketua pembangkang bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata keputusan itu diterima sebulat suara oleh semua sembilan ADUN BN dan sudah pun diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

"Kita sebelum ini mengesyorkan nama beliau (Jahara) untuk menjadi ketua pembangkan di DUN dan ia diterima sebulat suara oleh sembilan ADUN BN. 

"Pelantikan ini sekali gus mencipta sejarah apabila seorang wanita menjadi ketua pembangkang. Ini sebagai pengiktirafan kepada kaum wanita yang bukan sahaja mewakili orang Melayu, tetapi juga Cina dan India," katanya. 

Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di Menara UMNO, sebentar tadi. 


Berita Harian

No comments:

Post a Comment