Pages

Saturday 8 June 2013

JAMBATAN KEDUA: GUNA 4 ANJING KESAN MANGSA YANG HIDUP & MATI BAWAH RUNTUHAN

Jurucakap Unit Pengesan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, Pengawai Kanan 1, unit itu, Ravi Perumal berkata empat anjing jenis Labrador digunakan untuk mengesan mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan ataupun  mangsa dipercayai maut kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Jambatan runtuh: 4 anjing digunakan kesan mangsa
Unit pengesan menggunakan anjing untuk mengesan mangsa yang hidup dan mati di bawah runtuhan tanjak Jambatan Kedua Pulau Pinang, pagi tadi.

Jambatan runtuh: 4 anjing digunakan kesan mangsa


BAYAN LEPAS - Unit pengesan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia K9 dari Kuala Lumpur digunakan bagi membantu mengesan mangsa yang hidup dan mati di bawah runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Jurucakap Unit Pengesan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, Pengawai Kanan 1, unit itu, Ravi Perumal berkata empat anjing jenis Labrador digunakan untuk mengesan mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan ataupun  mangsa dipercayai maut kira-kira jam 8.45 pagi tadi.


Jambatan runtuh: 4 anjing digunakan kesan mangsa
Unit pengesan menggunakan anjing untuk mengesan mangsa yang hidup dan mati di bawah runtuhan tanjak Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini, pagi ini.



"Dua ekor anjing berwarna hitam akan digunakan untuk mengesan mangsa masih hidup terperangkap di bawah runtuhan ini.

"Manakala dua lagi anjing berwarna coklat digunakan untuk mengesan mangsa sudah meninggal dunia.
 
"Setiap anjing mempunyai tugas masing-masing dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap ini," katanya kepada media, selepas usaha pengesanan dilakukan oleh unit berkenaan, di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha untuk unit menjalankan kerja pengesan menggunakan empat anjing kira-kira satu jam,  belum mendapat apa-apa indikasi.

"Anjing hitam dibawa ke lokasi kejadian 30minit sebelum anjing coklat dibawa mengesan mayat.

"Apapun sangat susah untuk mengesan mangsa  masih hidup, usaha mengesan akan diteruskan selepas membersihkan tanjak jambatan runtuhan" katanya.

Justeru itu, Ravi berkata kerja-kerja pembersihanan  runtuhan tanjak jambatan akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu.

"Kerja pembersihan mengambil masa kerana kontraktor perlu mendapat kebenaran pihak bomba terdahulu. Arahan akan dikeluarkan, apabila pihak bomba betul-betul mengenal pasti tidak ada mayat di runtuhan itu," katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment