Pages

Thursday 6 June 2013

PARIS, ANAK MICHAEL JACKSON ALAMI TEKANAN PERASAAN | CUBA BUNUH DIRI

Remaja yang kematian bapanya pada 2009 itu ditempatkan di wad pengawasan psikiatri dengan pengawasan 72 jam.

Paris Jackson & Michael Jackson
Gambar Carian Google


Anak Michael Jackson cuba bunuh diri


LOS ANGELES - Anak mendiang ikon pop terkenal, Michael Jackson dikejarkan ke hospital di California semalam selepas cuba membunuh diri menurut keluarga remaja itu.
 
Paris, gadis berusia 15 tahun itu cuba mencederakan pergelangan tangannya dengan sebilah pisau pemotong daging di samping sekeping nota menurut laman sesawang selebriti TMZ.
 
Remaja yang kematian bapanya pada 2009 itu ditempatkan di wad pengawasan psikiatri dengan pengawasan 72 jam.

Sumber tersebut menambah Paris mengalami tekanan perasaan dan sebelum ini juga pernah mencuba untuk membunuh diri.
 
“Dia cuba mencederakan dirinya. Dia betul-betul merindukan bapanya. Dia pernah mendapatkan rawatan psikiatri sebelum mengalami tekanan tersebut. Ini merupakan bentuk pertolongan yang dia minta.”
 
“Dia stabil dan tidak kritikal.”
 
Remaja itu turut beberapa kali pada Selasa lalu menulis “semalam, seperti semua masalah itu telah pergi namun kelihatannnya masih membelenggu” dan “saya pelik kenapa air mata berasa masin?”
 
Nenek Paris, Katherine berkata "menjadi remaja 15 tahun tidak mudah. Ianya lebih sukar apabila anda kehilangan orang yang hampir dengan anda.
 
"Paris kini stabil dan sedang mendapat rawatan sewajarnya. Tolong hormati hak persendiriannya dan keluarga," jelas Katherine.
 
Paris anak kedua daripada tiga beradik iaitu Prince dan Blanket telah mengorak langkah dalam industri hiburan dengan memegang watak dalam "London Bridge and the Three Keys".
 
Namun penulis dan penerbit filem berkenaan Dennis H Christen memberitahu penggambaran filem berkenaan belum dijalankan, dipetik dari laporan AFP.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment