Pages

Friday 7 June 2013

PERNIKAHAN AMAR ASYRAF & ARNA SALLEH: SAH DENGAN SEKALI LAFAZ

Dipetik menerusi laman Twitternya hari ini, Amar yang popular dalam drama Setia Hujung Nyawa meluahkan rasa gembira setelah sah menjadi seorang suami.
Amar, Arna sah suami isteri
Amar disamping isterinya, Arna dan keluarga - Foto Ihsan Twitter Aizudinzailudin


Amar, Arna sah suami isteri



PELAKON, Amar Asyraf selamat selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Arna Salleh dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Majlis pernikahan ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000.

Dipetik menerusi laman Twitternya hari ini, Amar yang popular dalam drama Setia Hujung Nyawa meluahkan rasa gembira setelah sah menjadi seorang suami.

"Walaupun berdebar-debar tadi, tapi dengan sekali nafas , saya kini seorang suami," jelas beliau.

Berdasarkan interaksinya dengan rakan-rakan di Twitter, Amar memberitahu majlis dari pihak lelaki bakal dijalankan pada bulan Ogos nanti.

Sebelum ini, Amar dan Arna mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya sejak Aidilfitri lalu.

No comments:

Post a Comment