Pages

Sunday 23 June 2013

JEREBU: PM ISYTIHAR DARURAT DI MUAR & LEDANG

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang berkuat kuasa serta merta selepas bacaan IPU melebihi 750," kata Palanivel.

Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama

Najib isytihar darurat di Muar, Ledang


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.
   
Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang berkuat kuasa serta merta selepas bacaan IPU melebihi 750," kata Palanivel.
    
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746.
    
Bagaimanapun setakat 11 pagi ini, bacaan IPU di Muar mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya.
  
Berdasarkan indeks kualiti udara, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
    
Pada 2005, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor diletakkan di bawah status darurat jerebu apabila bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu melebihi 500, tahap yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada kesihatan. - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment