Pages

Saturday 22 June 2013

AL-FATIHAH! PAKAR EKONOMI Dr MAHANI ZAINAL ABIDIN MENINGGAL DUNIA


Dr Mahani, 59, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) meninggal dunia pada kira-kira 2 petang akibat penyakit kanser. 

Pakar ekonomi, Dr Mahani Zainal Abidin meninggal dunia
Datuk Dr Mahani

Pakar ekonomi, Dr Mahani Zainal Abidin meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi yang terlibat dalam penggubalan polisi semasa krisis ekonomi 1998, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin meninggal dunia hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Dr Mahani, 59, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) meninggal dunia pada kira-kira 2 petang akibat penyakit kanser. 

Menurut adiknya, Adnan, jenazah akan dibawa balik ke rumah Allahyarham di No.1, Jalan Puncak Kiara 1, Kiara View, Desa Sri Hartamas. 

Allahyarham meninggalkan suami, Hamidon Howell Miller dan seorang anak lelaki James Imran Miller. 

Mahani, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam ekonomi pembangunan dari University of London pada 1992, pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Ekonomi Kendalian, Universiti Malaya. 

Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Pasukan Perunding Khas bagi Globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan dari 2005 hingga 2007 adalah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi. 

Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota International Steering Committee for the Pacific Trade & Development (PAFTAD). - BERNAMA


Berita Harian

No comments:

Post a Comment