Pages

Saturday 22 June 2013

SELAGI HUSAM TIDAK DIBEBASKAN, PESERTA DIMINTA JANGAN BERSURAI

Husam menerusi SMS memaklumkan beliau ditahan di Balai Polis Ampang kira-kira jam 4 petang tadi dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Black 505
SELAGI HUSAM TIDAK DIBEBASKAN, PESERTA DIMINTA JANGAN BERSURAI

'Peserta diminta jangan bersurai'


KUALA LUMPUR - Ketika himpunan Black505 sudah sampai ke kemuncaknya, pengerusi majlis Badrul Hisham Shaharin meminta peserta tidak berundur selagi Naib Presiden Pas, Husam Musa tidak dibebaskan.

Difahamkan dalam mesyuarat penganjur sebelum ini, himpunan hari ini dijangka berakhir jam 5 petang.

Husam menerusi SMS memaklumkan beliau ditahan di Balai Polis Ampang kira-kira jam 4 petang tadi dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Ia dipercayai ekoran kenyataannya Isnin lalu yang menganjurkan orang ramai menyertai himpunan di Padang Merbok hari ini.

Ketika ini, beberapa orang peserta dari kalangan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan NGO Suara Rakyat 505 mendirikan lima buah khemah di bahagian tengah Padang Merbok.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment