Pages

Sunday 2 June 2013

IZZUE ISLAM & AWIN NURIN SELAMAT DIIJABKABULKAN

Pasangan dalam persalinan putih itu dinikahkan sendiri oleh bapa Awin di Dewan Shah Alam.

Izzue Islam, Awin Nurin selamat diijabkabulkan
Pasangan pengantin ini dinikahkan bapa Awin sendiri, Waharudin pada jam 9.45 pagi ini. FOTO SINAR HARIAN ZULFADHLI ZAKI

Terdahulu di Jz Online News :

Izzue Islam, Awin Nurin selamat diijabkabulkan


PELAKON, Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin yang juga pengurusnya pada jam 9.45 pagi, hari ini.


Pasangan dalam persalinan putih itu dinikahkan sendiri oleh bapa Awin di Dewan Shah Alam.


Izzue Islam, Awin Nurin selamat diijabkabulkan
Izzue menunaikan solat sunat selepas sah bergelar suami kepada Awin Nurin, pagi tadi. FOTO SINAR HARIAN ZULFADHLI ZAKI




Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM 11,111.11.

Pelakon berusia 23 tahun ini bakal bersanding pada jam 1 petang ini dengan tema perkahwinan dalam taman.


Izzue Islam, Awin Nurin selamat diijabkabulkan
Izzue dan Awin bergambar bersama selepas selesai upacara pernikahan. FOTO SINAR HARIAN ZULFADHLI ZAKI




Persalinan pengantin untuk majlis memotong kek pula telah ditaja sepenuhnya oleh pereka fesyen, Hatta Dolmat.

Izzue bertunang dengan Awin pada Jun, tahun lalu.

Dalam temubual dengan Sinar Harian Online sebelum ini, Izzue akui sudah menjalin cinta dengan Awin sejak lima tahun lalu.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment