Pages

Thursday 20 June 2013

IBU SAHKAN SHAH JASZLE MASIH TUNANGAN REDZWANI PUTRI

Hari ini, sebuah akhbar melaporkan, seorang wakil keluarga Redzwani membuat kenyataan bahawa ikatan pertunangan antara mereka sudah diputuskan oleh ibu Redzwani, 10 Jun lalu.

Shahrizal Jaszle
IBU SAHKAN SHAH JASZLE MASIH TUNANGAN REDZWANI PUTRI

Ibu sahkan ikatan tunang anak belum putus


IBU kepada pelakon, Shah Jaszle berharap tidak ada pihak ketiga yang membuat kenyataan berkaitan hubungan Shah dan Redzwani Putri, selepas ini.

Hari ini, sebuah akhbar melaporkan, seorang wakil keluarga Redzwani membuat kenyataan bahawa ikatan pertunangan antara mereka sudah diputuskan oleh ibu Redzwani, 10 Jun lalu.

Pasangan yang ditangkap khalwat bersama Shah, Farah pula membuat kenyataan menerusi program Melodi yang mendakwa penangkapan itu bukan perangkap sebaliknya mereka benar-benar mempunyai hubungan istimewa.

Ibu Shah yang hanya mahu dikenali sebagai Zaleha menafikan berita tersebut.

“Shah dan Redwani masih dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

“Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak ketiga tampil untuk membuat kenyataan yang merumitkan keadaan,” katanya yang dipetik dari mStar Online.

Beliau yang juga pengurus Shah berkata, status hubungan pasangan itu bakal ditentukan berdasarkan keputusan mahkamah berhubung kes khalwat tersebut, November depan.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment