Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28 sah bergelar suami kepada Nurhidayah, 25 hanya dengan sekali lafaz.
![]() |
Pierre dan Nurhidayah bergambar bersama pelakon, Khatijah Tan yang juga ibu Pierre. - Foto ihsan Malaysian Digest |
Pierre Andre, Nurhidayah selamat diijabkabulkan
PENGARAH dan pelakon, Pierre Andre selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurhidayah Hashim tepat jam 1.30 petang, hari ini.
Pasangan ini bertunang pada Februari lalu.
![]() |
Pierre Andre sah bergelar suami dengan sekali lafaz. - Foto Ihsan Buah Mulut |
Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28 sah bergelar suami kepada Nurhidayah, 25 hanya dengan sekali lafaz.
Pasangan ini dinikahkan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.
![]() |
Isteri Pierre, Nurhidayah. - Foto Ihsan Buah Mulut |
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 300 dan wang hantaran berjumlah RM 20,000.
Majlis resepsi bagi kedua-dua mempelai bakal diadakan selepas Aidilfitri kelak.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment