Pages

Saturday 1 June 2013

DATUK MICHELLE YEOH KINI BERGELAR TAN SRI

Beliau yang turut dikenali sebagai "wanita Bond" itu menerima anugerah itu semasa Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

Michelle Yeoh
Agong berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tan Sri' kepada Michelle Yeoh sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. - Foto Bernama


'Wanita Bond' kini bergelar Tan Sri


KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Aktres Malaysia kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau yang turut dikenali sebagai "wanita Bond" itu menerima anugerah itu semasa Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

Yeoh turut berlakon sebagai watak utama dalam filem terbarunya, 'The Lady' yang memaparkan kisah hidup pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Selain Yeoh, turut menerima Darjah Pingat Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri adalah Pereka Kasut Antarabangsa, Datuk Choo Yeang Keat atau lebih dikenali sebagai Jimmy Choo dan Pereka Fesyen Antarabangsa, Datuk Zang Toi yang masing-masing menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Dalam pada itu, majlis istiadat dimulakan dengan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke upacara memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama dengan panji-panji diraja.
 
Istiadat yang berlangsung buat kali kedua di Istana Negara baru di Jalan Duta itu menyaksikan Seri Paduka berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada 1,574 penerima. - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment