Pages

Monday 16 September 2013

TELEFON PINTAR @ 'SMARTPHONE' PERANTI WAJIB BELI

Baru-baru ini, HTC memperkenalkan telefon pintar terbaru, HTC Butterfly S yang juga merupakan peranti yang dibina dengan menawarkan HTC Sense terkini bersama Android Jelly Bean.

Telefon pintar peranti wajib beli
TELEFON PINTAR @ 'SMARTPHONE' PERANTI WAJIB BELI

Telefon pintar peranti wajib beli

PENERAJU telefon mudah alih, HTC diwujudkan sejak 1997 sebagai pereka di sebalik tabir dan pengilang bagi pelbagai jenama peranti OEM terkemuka di pasaran. Hanya pada 2006, HTC menghasilkan peranti di bawah jenama sendiri termasuk telefon pintar, tablet yang dikuasai oleh sistem operasi Android dan Windows.

Baru-baru ini, HTC memperkenalkan telefon pintar terbaru, HTC Butterfly S yang juga merupakan peranti yang dibina dengan menawarkan HTC Sense terkini bersama Android Jelly Bean.


Telefon pintar peranti wajib beli
TELEFON PINTAR @ 'SMARTPHONE' PERANTI WAJIB BELI


"Kami telah menambah baik HTC Butterfly dengan menggabungkan piawaian baru yang ditetapkan oleh HTC untuk prestasi telefon pintar.

"Pengenalan HTC Butterfly turut mengalihkan persepsi orang ramai terhadap telefon pintar, ia adalah keluaran pertama di dunia bagi definisi penuh HD 1080p dan skrin lima inci disertakan dengan pengalaman menonton video yang lengkap," katanya.


Peningkatan prestasi baru itu membawa HTC Butterfly S ke peringkat seterusnya dengan penampilan bateri tiada tandingan menerusi gabungan HTC BlinkFeed. HTC dan HTC BoomSound Zoe untuk memberi pengguna pengalaman yang tidak seperti peranti lima inci lain. - Presiden HTC South Asia, Jack Yang

ALCATEL Onetouch merupakan jenama di bawah TCL Communication, firma antarabangsa yang mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan secara global rangkaian peranti mudah alih dan internet yang semakin berkembang.

Sebagai pembuat telefon bimbit 10 teratas di dunia, TCL Communication memudahkan capaian teknologi dengan mereka bentuk produk untuk disesuaikan dengan gaya hidup individu, menjadikan pengguna lebih produktif.

Selama 20 tahun, jenama Alcatel telah membawa inovasi berterusan dan kualiti dalam telefoni mudah alih kepada ramai pengguna. Pengenalan telefon pintar Idol X merupakan jawapan kepada telefon menarik yang sarat dengan ciri-ciri berkuasa dan mengutamakan cita rasa, reka bentuk menarik dan prestasi terbaik.

Idol X merupakan telefon pintar yang mempunyai reka bentuk indah yang dibuat dengan penuh kesungguhan.

"Alcatel Onetouch Idol X akan berusaha untuk mendapat penerimaan pasaran. Telefon pintar ini dilengkapi ciri-ciri menarik yang mampu bersaing dengan jenama terkenal di pasaran. "Dengan harga yang berpatutan, kami yakin mampu menguasai bahagian pasaran yang lebih besar," katanya. - Pengurus Negara bagi TCT Mobile Malaysia Sdn Bhd, KL Kong

Ninetology adalah syarikat teknologi peranti mudah alih terbaru di Asia Tenggara. Ninetology sentiasa bersikap agresif untuk terus berusaha mencapai pertumbuhan yang menggalakkan bagi bersaing di peringkat global bersama piawaian antarabangsa yang terkemuka serta peka dengan ketelitian, seni dan kecantikan produk.

Akhir Julai lalu, Ninetology tampil dengan produk baru dalam kategori telefon pintar premium dengan memperkenalkan siri telefon pintar U9 iaitu X1, Z1 dan Z1+. "Kami adalah pengeluar kedua terbesar dalam bahagian pasaran peranti mudah alih. Menerusi pengenalan siri U9 itu, kami berharap dapat mengukuhkan kedudukan serta memperoleh pasaran lebih besar dalam kategori ini.

"Sasaran kami adalah untuk menjual 80,000 unit di Malaysia dan seterusnya mengembangkan pasaran Asia Tenggara," katanya. Telefon U9 dibina untuk memenuhi tiga pilihan utama pengguna
iaitu reka bentuk, saiz dan teknologi premium yang terbaik untuk memberikan kepuasan kepada pengguna.

Pada masa akan datang, Ninetologi juga merancang untuk memperkenalkan pelbagai segmen telefon pintar dengan prestasi tinggi khusus untuk pengguna keluarannya. - Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology Marketing Sdn Bhd, Sean Ng



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment