Pages

Tuesday 10 September 2013

2 PELAJAR SMK DATO' HAJI TALIB KARIM DAKWA DIPUKUL GURU HINGGA CEDERA

Pelajar tersebut, Izzul Fahmi Zainal, 15, dipercayai mengalami bengkak di bahagian mata kanan serta penglihatannya kabur manakala Nur Najwa Najihah Mohd Shah, 13, mendakwa mengalami sakit kepala akibat dipukul di kepala.


Guru hentak kepala pelajar
Ibu Najwa, Norhayati Md Yusof, 44, menunjukkan bagaimana kepala anaknya dihentak dengan buku teks.

Dua pelajar dakwa cedera dipukul guru

ALOR GAJAH - Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim di sini, mendakwa dipukul seorang guru lelaki di dalam kelas tanpa alasan munasabah sehingga cedera di mata dan kepala.
   
Pelajar tersebut, Izzul Fahmi Zainal, 15, dipercayai mengalami bengkak di bahagian mata kanan serta penglihatannya kabur manakala Nur Najwa Najihah Mohd Shah, 13, mendakwa mengalami sakit kepala akibat dipukul di kepala.


Guru hentak kepala pelajar
Bapa Izzul, Zainal Yusof, 47, menunjukkan bahagian muka dan kepala sebelah kanan yang ditampar gurunya Sabtu lalu.

   
Zurina Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian pada 9.30 pagi Sabtu lepas, guru terbabit bertindak memukul kepala anaknya, Izzul Fahmi menggunakan tangan beberapa kali sebelum sekali lagi kepalanya dipukul menggunakan buku teks.
   
"Saya tidak dimaklumkan perkara itu oleh anak saya kerana dia terus tidur sebaik pulang dari sekolah ganti namun dimaklumkan mengenai kejadian itu dari ibu seorang lagi pelajar perempuan yang turut dipukul cikgu sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jelatang di sini.
   
Katanya, dia kemudian mengejutkan anak lelakinya dari tidur dan terkejut apabila melihat mata kanan Izzul Fahmi merah dan bengkak sebelum dimaklumkan dipukul guru di dalam kelas.
   
Sementara itu, Izzul Fahmi berkata, sebelum kejadian dia sedang berjalan di luar kelas Nur Najwa Najihah sebelum dipanggil dan dimarahi guru tersebut kerana melihatnya berbaring di atas pentas di Dataran Keris di sini ketika keluar bersiar-siar bersama Nur Najwa Najihah dan dua lagi rakan pada 1 September lepas.   
   
Dakwa pelajar tingkatan tiga itu, guru terbabit turut memberi amaran akan memukulnya dan rakan sekiranya melihat mereka di dataran tersebut pada masa hadapan selain tidak gentar sekiranya tindakan itu diadukan kepada keluarga.
   
Selepas kejadian itu, Nur Najwa Najihah mendakwa dia diarah berdiri dan duduk di kerusi guru berulang kali sebelum kepala dipukul dua kali dengan buku teks selain dihambur kata-kata kesat ketika guru terbabit masuk ke kelasnya.
   
Ibunya, Norhayati Md Yusof, 44, berkata, tindakan guru tersebut menyebabkan anaknya itu trauma dan malu ke sekolah serta sering mengadu sakit kepala.
   
"Saya tidak kisah sekiranya mereka dipukul kerana melanggar disiplin sekolah tetapi tindakan guru itu hanya kerana dia ternampak Najwa dan kakaknya bersama dua lagi rakan lelaki duduk di pentas di Dataran Keris," katanya.
  
Beliau turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana hukuman tersebut diambil seminggu selepas kejadian menggunakan cara yang tidak beretika.
   
Ibu bapa kedua-dua pelajar berkenaan kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, semalam.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
   
Pengarah Pelajaran Melaka, Kasim Mohamad pula berkata, pihaknya belum menerima laporan lisan mahupun bertulis dari pengetua sekolah tersebut dan siasatan hanya akan dijalankan selepas menerima laporan berkenaan. - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment