Pages

Monday 16 September 2013

HATI-HATI SINDIKET EJEN PALSU TARIK KERETA

Mangsa, Ahmad Nor Syafri, 32, terpedaya apabila lelaki berusia lewat 30 an itu mengatakan bank mahu mengambil gambar kereta Proton Iswara Aeroback yang sudah tertunggak bayaran beberapa bulan.

Ejen palsu tarik kereta
HATI-HATI SINDIKET EJEN PALSU TARIK KERETA

Ejen palsu tarik kereta

DURIAN TUNGGAL - Seorang OKU mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila keretanya dilarikan seorang lelaki menyamar ejen penarik kereta yang datang ke rumahnya di Taman Garuda, di sini.

Mangsa, Ahmad Nor Syafri, 32, terpedaya apabila lelaki berusia lewat 30 an itu mengatakan bank mahu mengambil gambar kereta Proton Iswara Aeroback yang sudah tertunggak bayaran beberapa bulan.

Menurut Ahmad, sehari sebelum kejadian, dia didatangi seorang lelaki yang menunjukkan kad sebagai ejen penarik kereta sebuah bank.

Ahmad yang sememangnya mengetahui mengenai bayaran pinjaman tertunggak tiga bulan, tidak mengesyaki apa-apa apabila lelaki tersebut mengatakan menerima arahan untuk menarik keretanya, meskipun tidak ditunjukkan surat arahan daripada bank.

“Saya turut merayu supaya kereta tidak ditarik dan berjanji akan membayar tunggakan pada 20 September ini namun dia pula meminta wang untuk ‘settle tepi’ sedangkan ketika itu saya hanya ada RM60.

“Duit RM60 mahu saya guna untuk bawa anak ke klinik diambil lelaki berkenaan dan dia meminta baki tunggakan berjumlah RM440 dibayar pada Jumaat ini,” katanya semalam.

Ahmad berkata, kira-kira jam 9.30 pagi keesokan harinya lelaki berkenaan sekali lagi datang menyatakan bank mahu mengambil gambar kereta yang dibelinya pada tahun 2009 itu.

“Saya hanya melihat lelaki itu menaiki kereta dan berlalu begitu sahaja. Saya kemudian cuba menghubungi bank namun gagal sebelum mencuba sekali lagi pada jam 11 pagi dan mereka menyatakan tidak pernah mengeluarkan surat arahan penarikan kereta,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Durian Tunggal sebelum diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Suprintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan berkata pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai mempunyai tunggakan bayaran ansuran dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sindiket tarik kereta yang tidak mempunyai surat pengesahan atau arahan penarikan kereta dari bank,” katanya.

Beliau berkata, ejen penarik kereta yang sah akan membuat laporan polis sebaik sahaja menarik kereta pelanggan.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment