Pages

Saturday 14 September 2013

SEKUMPULAN PEKERJA LOMBONG GEMPAR TEMUI BEBERAPA OBJEK PELIK

Objek tersebut dipercayai sebahagian peralatan yang pernah digunakan untuk aktiviti melombong pada tahun 40-an hingga awal 70-an dahulu.


Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah
Hisham menunjukkan rim kereta api yang ditemui di tapak lombong Wahaba Wangin.

Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah

BUKIT BESI – Sekumpulan pekerja yang sedang menjalankan kerja melombong bijih, dekat sini, gempar berikutan penemuan beberapa objek pelik.

Objek tersebut dipercayai sebahagian peralatan yang pernah digunakan untuk aktiviti melombong pada tahun 40-an hingga awal 70-an dahulu.


Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah
Opal, alat yang digunakan untuk menadah bijih besi sebelum dimasukkan dalam kereta api yang ditemui di tapak lombong Wahaba Wangin.

Penyelia tapak lombong, Hisham Abdullah berkata, batang besi berbentuk leper dan bulat itu ditemui ketika kerja mengorek tanah dilakukan di kawasan tapak lombong bijih besi milik Wahaba Wangin Sdn Bhd.

Menurutnya, pada awalnya, pekerjanya beranggapan ia adalah serpihan besi biasa, namun apabila dilihat dengan lebih dekat ia menyerupai rel dan rim tayar kereta api.


Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah
Beberapa batang besi dipercayai rel kereta api wagon ditemui dalam keadaan baik selepas kerja mengorek tanah dilakukan.

“Saya syak ia merupakan sebahagian peninggalan bekas lombong dahulu. Jadi besi ini kita simpan di tapak lombong dan mungkin akan diserahkan kepada pihak muzium sebagai bahan sejarah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Sejarah Terengganu Cawangan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, rel kereta api dan takungan besi yang dipanggil opal itu merupakan peralatan yang digunakan syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMCO) iaitu sebuah syarikat lombong milik British untuk kerja-kerja melombong bijih besi.


Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah
Kereta api wagon digunakan untuk mengangkut hasil bijih dari kawasan lombong ke pelabuhan Sura Jetty oleh syarikat Eastern Mining and Metal Company.

Menurutnya, ketika itu, syarikat EMCO yang beroperasi dari 1948-1971 menggunakan kereta api wagon untuk mengangkut hasil bijih dari kawasan lombong ke pelabuhan Sura Jetty.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak lagi peninggalan sejarah yang tertimbus di kawasan berkenaan.


Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah
Gambar lama menunjukkan jalinan keretapi yang wujud di tapak lombong diusahakan syarikat Eastern Mining and Metal Company.


“Walaupun ia sekadar rel kereta api, namun penting sebagai bahan bersejarah.

“Penemuan rel berkenaan membuktikan kewujudan jalinan jalan kereta api di lokasi tersebut yang telah meletakkan Bukit Besi dalam peta perlombongan dunia pada ketika itu," katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment