Pages

Monday 23 September 2013

BERITA PANAS! BUKTI PERLAWANAN KEDAH VS LIONS XII TELAH DIATUR TERSIAR?

Puluhan ribu penyokong setia Hijau Kuning masih lagi meratapi kegagalan pasukan mereka melayakkan diri ke kelompok lapan pasukan terbaik, malah turut dikejutkan dengan beberapa ‘bukti’ kini tersiar di maya didakwa perlawanan tersebut diatur.

Perlawanan Kedah, Lions XII diatur?
Sebahagian besar ramalan yang dibuat di laman Facebook Singapore Football tepat dengan keputusan perlawanan nyata membuatkan penyokong Kedah tertanya-tanya.

Perlawanan Kedah, Lions XII diatur?

KEBETULAN atau realiti, perkara tersebut yang kini menjadi persoalan mengenai keputusan saingan Kumpulan D Piala Malaysia membabitkan Kedah yang tewas 1-3 kepada Lions XII di Stadium Darul Aman (SDA), Sabtu lalu.

Puluhan ribu penyokong setia Hijau Kuning masih lagi meratapi kegagalan pasukan mereka melayakkan diri ke kelompok lapan pasukan terbaik, malah turut dikejutkan dengan beberapa ‘bukti’ kini tersiar di maya didakwa perlawanan tersebut diatur.

Antara bukti-bukti tersebut ialah tersiarnya resit sport betting yang menunjukkan ketepatan keputusan perlawanan berkenaan selain kenyataan keputusan sama dikeluarkan peminat di Singapura di laman Facebook Singapore Football iaitu ramalan awal sebelum sepak mula.

Biarpun pertaruhan keputusan perlawanan dibenarkan di negara seberang itu, perkara tersebut jelas kini menjadi pertanyaan kepada sebahagian besar penyokong Kedah.

Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah menggesa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melakukan siasatan dalaman secepat mungkin sama ada ‘bukti-bukti’ yang kini tersiar di maya mempunyai kaitan dengan keputusan perlawanan tersebut ataupun disebabkan faktor-faktor lain.

Sambil melahirkan rasa kekecewaan, beliau berkata, aksi serba tidak menjadi dan semangat melawan beberapa pemain turut diragui sepanjang perlawanan berlangsung.

“Memang adat perlawanan bola sepak ada kalah dan ada menang, namun dengan tersiar ‘bukti-bukti’ seperti resit ‘sport betting’ membuatkan semua penyokong tertanya-tanya. Saya fikir perkara ini KFA perlu ambil serius dengan melakukan siasatan secepat mungkin.

“Sebelum ini, aksi beberapa pemain-pemain kita semasa mengikat Lions XII 2-2 dan menang ke atas Perak 1-0 boleh dipuji tapi entah di mana silapnya pada perlawanan tersebut hanya sebahagian sahaja yang berusaha membantu memburu gol namun segelintir pula menampilkan aksi sebaliknya,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment