Pages

Friday 6 September 2013

SAH PELAKON BRONT PALARAE SUDAH NIKAH!

Bront membuat pengakuan berkenaan ketika dihubungi HIP, semalam. 

Sah Bront sudah nikah
SAH PELAKON BRONT PALARAE SUDAH NIKAH!


Sah Bront sudah nikah


Pelakon, Bront Palarae, mengaku sudah bernikah dengan seorang kenalan lama pada 31 Ogos lalu, di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. 

Bront membuat pengakuan berkenaan ketika dihubungi HIP, semalam. 

Bagaimanapun, aktor berdarah Melayu-Siam berusia 37 tahun itu memilih untuk tidak mendedahkan identiti isterinya, selain memaklumkan wanita itu dikenalinya sejak zaman persekolahan. 

Difahamkan isterinya bekerja sebagai penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur.

Berita perkahwinan Bront tersebar awal minggu ini apabila ia disiarkan sebuah akhbar (bukan kumpulan NSTP). 

Bagaimanapun, berita terbabit tidak disertakan gambar majlis pernikahan berkenaan. Bagaimanapun, sebuah portal kemudiannya mengeluarkan cerita aktor terbabit menafikan perkahwinan itu.


Berita Harian

No comments:

Post a Comment