Pages

Monday 9 September 2013

BAJET 2014: GOLONGAN MENENGAH RENDAH BAKAL TERIMA KHABAR GEMBIRA

Beliau berkata, kerajaan akan membantu rakyat yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah supaya mereka bersama-sama menikmati kemakmuran negara.

Bajet 2014 bantu golongan menengah rendah
Husni bersama warga Parlimen Tambun tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama penduduk sempena sambutan kemerdekaan peringkat Parlimen Tambun semalam.

Bajet 2014 bantu golongan menengah rendah


TANJUNG RAMBUTAN – Golongan menengah rendah bakal menerima khabar gembira dari Bajet 2014 yang akan dibentangkan Oktober depan, kata Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan akan membantu rakyat yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah supaya mereka bersama-sama menikmati kemakmuran negara.

Menurutnya, beberapa konteks lain turut dilihat malah kerajaan sedang mengkaji beberapa pendekatan untuk membantu golongan menengah rendah.

“Saya percaya apabila dibentangkan dalam bajet, rakyat akan nampak apakah ertinya rasionalisasi subsidi, ke mana arah tuju negara. Ini yang sedang kita laksanakan.

“Maklum balas diterima dari badan bukan kerajaan dan rakyat begitu tinggi misalnya agensi bersedia dengan pelbagai indeks,” katanya selepas merasmikan sambutan kemerdekaan peringkat Parlimen Tambun di sini semalam.

Beliau berkata, mereka juga membuat kajian dari segi indeks kesejahteraan negara sama ada meningkat setiap tahun termasuk mendapat pandangan badan antarabangsa.


Katanya, daripada segi rakyat Malaysia konsep penglibatan semua dalam sesuatu inisiatif kerajaan tinggi termasuk bajet.

Mengulas mengenai subsidi, beliau berkata, ia adalah proses jangka panjang melibatkan minyak petrol, 12.5 bilion, diesel, 10 bilion dan gas, 12 bilion.

Ahmad Husni berkata, pihaknya mendapati yang menikmati subsidi penggunaan minyak adalah golongan berpendapatan tinggi dan menengah tinggi.

“Jika dapat bebaskan subsidi ini, banyak peruntukan untuk pembangunan negara dapat dijalankan. Fokus kerajaan untuk mengadakan projek-projek perumahan mampu milik.

“Di Sabah, Sarawak dan sebahagian negeri Semenanjung Malaysia ada yang masih kurang keperluan infrastruktur. Ekonomi tidak dapat dimaksimumkan kerana tidak mempunyai infrastruktur yang baik. Jadi ia akan menjadi keutamaan,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment