Pages

Monday 2 September 2013

ADIK PENGANTIN LELAKI MAUT DISAMBAR PETIR KETIKA MAJLIS MENYAMBUT MENANTU

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Mohd Fareez Naim Mhd Fuzi, 18 dikatakan berjalan kaki memayungi ibu saudaranya ke kereta berikutan hujan lebat. Ketika berada beberapa meter dari jarak khemah perkahwinan abangnya, mangsa, ibu saudaranya dan seorang sepupu perempuan berusia tujuh tahun tiba-tiba disambar petir dan tercampak.

Pemuda maut disambar petir
Suasana pilu menyelubungi rumah keluarga arwah di Taman Mawar dekat sini, semalam. Gambar kecil Fareez Naim maut disambar petir, semalam.

Pemuda maut disambar petir

PUCHONG – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut menantu pada majlis perkahwinan diadakan di Taman Mawar di sini semalam berakhir duka apabila adik pengantin lelaki maut disambar petir.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Mohd Fareez Naim Mhd Fuzi, 18 dikatakan berjalan kaki memayungi ibu saudaranya ke kereta berikutan hujan lebat. Ketika berada beberapa meter dari jarak khemah perkahwinan abangnya, mangsa, ibu saudaranya dan seorang sepupu perempuan berusia tujuh tahun tiba-tiba disambar petir dan tercampak.

Saksi kejadian, Abd Manap Kamal Baharin berkata, dia ternampak percikan api dan bunyi kuat seperti letupan.

Menurutnya payung yang dipegang mangsa terbakar dan panahan petir menyebabkan ketiga-tiga mangsa rebah di atas jalan.

“Beberapa tetamu yang berada di khemah terus berlari ke tempat kejadian sambil melaungkan ALLAHUAKBAR beberapa kali.

“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital, namun Fareez yang menuntut di Politeknik Port Dickson disahkan meninggal dunia beberapa minit selepas itu,” katanya.

Bapa arwah, Mhd Fuzi Mahmud, 55 berkata, sebelum kejadian anaknya tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik.

Katanya, anak kelima daripada enam beradik itu seorang yang peramah.

“Kejadian berlaku ketika anak saya menghantar ibu saudaranya yang mengandung ke kereta. Saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya yang masih sugul dengan kejadian menimpa anaknya itu.

Sementara itu, juruhebah perkahwinan, Azizul Azwan Amran, 31 berkata, arwah orang yang pertama sampai di khemah perkahwinan terletak beberapa meter dari rumah keluarganya, semalam.

Arwah katanya sempat bersembang dengannya dan menyatakan baju yang dipakainya adalah pilihannya.

“Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah yang menyatakan baju pemberian bapanya yang dipakai saya pagi semalam adalah pilihannya.

“Ayat terakhir dia saya tidak akan lupa abang kena ingat sampai bila-bila baju ini saya yang pilih,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment