Pages

Thursday 16 May 2013

ANWAR IBRAHIM PERLU KOTAKAN JANJI UNTUK BERUNDUR

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos 2012 berkata, beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada BN pada PRU13.

Abu Seman Yusop
Abu Seman Yusop

Anwar perlu kotakan janji


SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengotakan janjinya untuk berundur kerana gagal menawan Putrajaya selepas PRU13.

Bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusop berkata, Anwar dilihat masih mengimpikan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan cita-citanya.

“Beliau telah menyatakan sebelum ini, jika kalah beliau akan berundur tetapi jelas sehingga kini beliau masih lagi menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

“Beliau sepatutnya menunaikan janjinya itu tetapi saya lihat apa yang dilakukan hari ini lebih kepada keinginan peribadi berbanding kepentingan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, usaha PR menganjurkan pelbagai perhimpunan untuk menolak keputusan PRU13 bakal memberi impak negatif kepada negara.

Katanya, Anwar sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa PR telah tewas merampas Putrajaya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam masyarakat.

“Sehingga kini beliau tiada bukti kukuh untuk dibawa ke hadapan, oleh itu menggunakan rakyat untuk berdemo di jalanan bagi menarik perhatian.

“Kita ada proses undangundang sepatutnya PR mengikut proses yang ditetapkan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pembangkang sepatutnya akur dengan suara majoriti rakyat dan Anwar sebagai pemimpin utama perlu berundur kerana tidak mampu menunaikan janjinya sebelum pilihan raya.

“PR dilihat mengamalkan demokrasi terpilih apabila enggan menerima keputusan daripada Kerajaan Pusat, tetapi boleh menerima keputusan di kerusi-kerusi yang dimenangi sehingga bertindak pantas membentuk Kerajaan Negeri mereka.

“Mereka lemparkan banyak tuduhan bagi mengelirukan rakyat, PR juga menggalakkan demonstrasi jalanan sebagai cara untuk menyuarakan  masalah, saya mahu pemimpin PR bertanggungjawab terhadap kesan yang bakal berlaku di kemudian hari nanti,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Papar itu, berdemonstrasi di jalanan hanya merosakkan perpaduan yang telah dibina selama ini.

Menurut laporan The Edge, 81 peratus pembaca akhbar itu mahu Anwar bersara kerajaan gagal membentuk Kerajaan Pusat.

Bancian yang melibatkan 12,588 menunjukkan 10,275 orang mahu Anwar mengotakan janji untuk bersara.

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos 2012 berkata, beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada BN pada PRU13.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pematang Pauh itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik kerana mendakwa PRU13 penuh penipuan dan akan terus memperjuangkan hak rakyat menuntut pilihanraya adil dan bersih.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment