Pages

Tuesday 7 May 2013

DATUK MUKHRIZ TUN Dr MAHATHIR MENTERI BESAR BARU KEDAH

Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, mmelafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Mukhriz angkat sumpah sebagai MB Kedah
Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini. - Foto Bernama

Mukhriz angkat sumpah sebagai MB Kedah


ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di sini.
   
Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, mmelafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
   
Turut hadir dua anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
   
Hadir sama pada majlis itu adalah bapanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Mukhriz Datin Norzieta Zakaria. Bekas Menteri Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak hadir kerana dipercayai kurang sihat.
   
Pada PRU13 semalam, BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk membentuk kerajaan. - Bernama


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment