Pages

Monday 20 May 2013

'AKHIRNYA NAIK KERETA BERDUA' - DATUK SITI NURHALIZA

“DK (Datuk K) bawa (memandu) kereta okey. Akhirnya, setelah empat bulan lebih, DK bawa kereta. Alhamdulillah,” kata Siti.

Siti Nurhaliza & Datuk K
Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa yang lebih dikenali dengan nama Datuk K

Datuk K sudah boleh memandu


SETELAH lebih empat bulan suami kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan nama Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya, akhirnya beliau pulih sepenuhnya.

Melalui kemas kini di laman sosial Keek, Siti Nurhaliza memuat naik video ‘Akhirnya Naik Kereta Berdua’ yang menunjukkan Datuk K sedang memandu kereta.

“DK (Datuk K) bawa (memandu) kereta okey. Akhirnya, setelah empat bulan lebih, DK bawa kereta. Alhamdulillah,” kata Siti.

Datuk K terlibat dalam kemalangan  ketika bersiar-siar dengan motosikal berkuasa tinggi di New Zealand pada 13 Disember lalu.

Beliau dilaporkan mengalami patah bahu, cedera pada tangan dan kaki.

Siti menghentikan segala aktiviti seninya sejak kemalangan itu demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada suaminya.

Setelah empat bulan menjaga suaminya, akhirnya Siti kembali aktif termasuk melancarkan single terbarunya, Galau bersama video muzik lagu tersebut.

Beliau juga sibuk menguruskan perniagaan produk SimplySiti miliknya yang kini bakal memasuki pasaran Timur Tengah.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment