Pages

Monday 13 May 2013

MAHFUZ DILANTIK SEBAGAI PESURUHJAYA PAS KEDAH

Pas umum pelantikan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

 Mahfuz Omar
MAHFUZ DILANTIK SEBAGAI PESURUHJAYA PAS KEDAH 

Mahfuz dilantik Pesuruhjaya Pas Kedah


SHAH ALAM – Pas umum pelantikan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur, semalam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat semalam juga memutuskan untuk membuat post-mortem terhadap keputusan PRU13.

“Naib Presiden, Salahudin Ayub dilantik mengetuai jawatankuasa post-mortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad, manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya,” katanya, semalam.

Post-mortem ini dibuat bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan Pas di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.

Mesyuarat kepimpinan tertinggi Pas, semalam adalah yang pertama diadakan selepas PRU13 yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam PRU13, Pas menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun tewas di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diabetes.

Mahfuz pada PRU13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Azizan kekal di Dun Sungai Limau.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment