Pages

Showing posts with label PAS Terkini. Show all posts
Showing posts with label PAS Terkini. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

GESAAN SATUKAN UMNO & PAS SUATU UNGKAPAN JENAKA - NASRUDIN

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan gesaan menyatukan Umno dan Pas, yang semakin kerap dibangkitkan mutakhir ini  sebagai suatu ungkapan jenaka malah tidak membawa sebarang kesan.


Ketua Pemuda Pas , Nasrudin Hassan Tantawi


Nasrudin: Gesaan Umno-Pas bersatu ungkapan jenaka


SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan gesaan menyatukan Umno dan Pas, yang semakin kerap dibangkitkan mutakhir ini  sebagai suatu ungkapan jenaka malah tidak membawa sebarang kesan.

Sebaliknya ujar beliau, ia hanya akan menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, usaha penyatuan itu tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) masih meneruskan penindasan terhadap hak rakyat terutamanya dalam soal pemberian royalti minyak dan pembangunan di kawasan atau negeri yang dimenangi pembangkang.

“Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap.

“... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika berucap dalam program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM, semalam.

Nasharudin menggesa agenda penyatuan kedua-dua parti itu dijadikan sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan kaum Melayu di negara ini.

Dalam pada itu, Nasrudin mendakwa isu perpaduan cuba digunakan Umno-BN apabila terdesak setelah gagal memperbaiki rekod prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akibat hilang sokongan rakyat dengan hanya menang mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

“Dalam isu royalti minyak, tuntutan rakyat tak diberikan, lepas itu mereka tertekan, kemudian nak ajak cakap soal perpaduan, ia sesuatu yang tak masuk akal.

“Selagi apa yang berlaku hari ini, ungkapan itu hanya untuk melariskan surat khabar saja.

“Umno-BN saban hari menyerang Pas gunakan tv dan surat khabar, menyebabkan ada maklum balas daripada Pas, akhirnya hubungan Umno-Pas semakin tengang.

Tambah beliau, kerjasama itu sukar direalisasikan jika Umno-BN terus-menerus menyerang dan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap Pas termasuklah parti Islam itu mengamalkan ajaran sesat dan menggadaikan prinsip Islam.

Agak kurang manis tegasnya jika selepas itu Umno-BN ingin berunding dan bercakap mengenai soal perpaduan dan kerjasama kedua-dua parti Melayu-Islam itu.

“Satu ungkapan yang tak manis dan tak dipandang positif oleh masyarakat.

“... buatlah perubahan dulu, jangan asyik dera rakyat, kerajaan Umno kena tunaikan kehendak dan kemahuan rakyat yang baik.

“Kalau dengar kenyataan menteri besar Terengganu, dia kata mana-mana pengundi yang tak sokong BN dalam pilihan raya lepas, kawasan itu tak akan diberikan peruntukan dan tidak akan dibangunkan, lepas itu dia nak ajak bersatu pula, itu tak mungkin jadi kenyataan,” katanya.

Tambah beliau, gesaan itu juga pernah dilontarkan oleh anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah, yang mengatakan bahawa sekiranya Pas menyertai Umno, hudud akan dilaksanakan.

“Kadang kala saya keliru dengan ucapan itu, yang bercakap itu kerajaan BN.

“Kalau Umno bentang hudud di Parlimen, insya-Allah ahli parlimen Pas akan sokong mereka, tapi kerajaan kena buktikan dulu,” tegasnya.



Sinar Harian

Monday, 13 May 2013

MAHFUZ DILANTIK SEBAGAI PESURUHJAYA PAS KEDAH

Pas umum pelantikan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

 Mahfuz Omar
MAHFUZ DILANTIK SEBAGAI PESURUHJAYA PAS KEDAH 

Mahfuz dilantik Pesuruhjaya Pas Kedah


SHAH ALAM – Pas umum pelantikan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur, semalam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat semalam juga memutuskan untuk membuat post-mortem terhadap keputusan PRU13.

“Naib Presiden, Salahudin Ayub dilantik mengetuai jawatankuasa post-mortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad, manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya,” katanya, semalam.

Post-mortem ini dibuat bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan Pas di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.

Mesyuarat kepimpinan tertinggi Pas, semalam adalah yang pertama diadakan selepas PRU13 yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam PRU13, Pas menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun tewas di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diabetes.

Mahfuz pada PRU13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Azizan kekal di Dun Sungai Limau.



Sinar Harian

Wednesday, 8 May 2013

TIDAK TERPILIH SEBAGAI EXCO | DATUK HUSAM MUSA TERGURIS TAK DIMAKLUMKAN

Namun saya sedikit terguris kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh sahabat-sahabat mengenai perkara ini yang boleh menimbulkan masalah kepada penyokong Pas di seluruh negara.

Husam ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Husam terguris tak dimaklum

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tidak rasa dukacita walaupun tidak terpilih sebagai exco kerajaan negeri Kelantan seperti yang diumumkan kelmarin.

Beliau yang juga Adun Salor berkata, sebagai pejuang Islam beliau berjuang bukan kerana jawatan.


“Namun saya sedikit terguris kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh sahabat-sahabat mengenai perkara ini yang boleh menimbulkan masalah kepada penyokong Pas di seluruh negara.


“Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah tetapi biarlah penyokong menikmati kemenangan Pas di Kelantan terlebih dulu dan biarlah ia dilakukan secara tata susila.


“Malah tidak ada ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan Pas Negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kota, di sini, semalam.


Menurutnya, sedangkan mesyuarat boleh membantu memperkukuhkan keputusan dan membulatkan pendirian apatah lagi pelantikan Menteri Besar sebelum ini diadakan mesyuarat terlebih dahulu.


Beliau bagaimanapun berkata, ketelusan dan sokongan secara bermesyuarat atas perkembangan penting tersebut membantu Pas terus utuh di bumi Kelantan.


“Pihak yang sudah terlantik mempunyai kewajaran dan kelayakan mereka tersendiri. Inilah peluang mereka untuk membuktikan keikhlasan dalam menerajui perjuangan Islam yang syumul di era moden sekarang.


“Namun sebagai seorang aktivis yang masih kekal dengan idealisme ‘Islam adalah Terbaik dan Syumul’, saya selaku rakyat biasa Kelantan memohon tidak ada amalan kronisme diamalkan di semua peringkat selain amalan pemberian kawasan getah klon dan multi spesies dihentikan," katanya.


Beliau berkata, bukan itu sahaja pemberian kawasan perlombongan seeloknya dilakukan secara tender terbuka dan kedudukan amalan perladangan serta perlombongan YIK dan Yakion dikaji semula.


“Saya juga berharap Air Kelantan Sdn Bhd dikaji semula dan perjalanan Ladang Rakyat khususnya mengenai pertindihan dengan penerokaan rakyat dikaji semula.


“Jangan rombak atau hentikan susunan yang telah diatur bagi pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dan pembinaan Bandar Baru Sukan Bukit Merbau, Selising,” katanya.


Beliau juga berharap tuntutan royalti tidak dikendurkan malah terus diperjuangkan demi hak rakyat negeri ini.


Sinar Harian