Pages

Tuesday 21 May 2013

SMS TERAKHIR ADIK SEBELUM MAUT

“Tiba-tiba saya terdengar berita kemalangan tersebut, saya segera ke lokasi kejadian dan terkejut apabila melihat kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.

SMS terakhir sebelum maut
Antara 20 waris mangsa yang hadir di Hospital Kuala Lumpur.

SMS terakhir sebelum maut


KUALA LUMPUR - "Adik sempat hantar SMS beritahu dia dalam perjalanan dari Hospital Ampang dan mahu makan malam bersama kami sekeluarga,"kata Tengku Ahmad Bahrizal,39, abang  kepada arwah Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad,28, yang maut dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa, kelmarin.   

Menurutnya sebelum kejadian arwah bersama tiga lagi baru sahaja selesai melawat anak saudaranya yang menghidap demam kuning di hospital berkenaan.

“Saya sudah menyediakan makan malam untuk mereka, setelah menunggu hampir dua jam,hati saya jadi tidak sedap dan cuba  hubungi mereka, namun gagal.”

“Tiba-tiba saya terdengar berita kemalangan tersebut, saya segera ke lokasi kejadian dan terkejut apabila melihat kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Selain Tengku Ahmad Faiz, mereka yang meninggal dunia termasuklah pemandu Perodua Viva Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isteri Nurul Intan Syahida, 22, dan Asma Ismail, 22.

Sementara itu, kakak  seorang lagi mangsa Asma Ismail, Haind, 24, berkata, adiknya merupakan penuntut jurusan pengurusan perniagaan di sebuah institut pengajian tinggi tempatan.

Kemalangan pada jam 5.30 petang itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal.

Siasatan mendapati  Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa gagal dikawal kerana mengalami masalah brek terus merempuh pembahagi jalan dan terbabas ke laluan bertentangan ke arah Gombak dan melanggar kereta Perodua Viva yang dinaiki empat mangsa.

Seterusnya, Perodua Viva yang dipandu Hasbullah itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang.

Sementara itu, pemandu Proton Satria yang merupakan seorang pekerja kontraktor ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, lelaki berusia 65 tahun itu  ditahan di lokasi kejadian.

“Lelaki berkenaan juga sudah membuat laporan mengenai kemalangan, sebelum disoal siasat. Kami turut menjalankan ujian air kencing, alkohol dan kandungan dadah dalam badan lelaki tersebut, namun hasil keputusannya negatif,” katanya.

Menurutnya, lelaki tersebut ditahan selama tempoh  24 jam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment