Pages

Thursday 9 May 2013

IMRAN KHAN CEDERA PARAH | JATUH DARI PENTAS SETINGGI 4 METER

Rakaman televisyen menyiarkan, Imran mengalami pendarahan teruk di kepala dan terus dikejarkan ke Hospital Shaukat Khanum dalam keadaan separuh sedarkan.

Imran Khan
Imran dikejarkan ke hospital Shaukat Khanum, Islamabad selepas terjatuh dari pentas.

Imran Khan jatuh pentas


ISLAMABAD - Pemimpin politik kanan yang juga bekas pemain kriket Pakistan, Imran Khan cedera parah selepas terjatuh dari pentas setinggi empat meter ketika sedang berucap dalam kempen pilihan raya di bandar timur Lahore, semalam.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pakistan Tehrik-e-Intan (PTI), dikatakan mengalami kecederaan teruk di kepala dan menerima tujuh jahitan, kata jurucakap parti itu.

Rakaman televisyen menyiarkan, Imran mengalami pendarahan teruk di kepala dan terus dikejarkan ke Hospital Shaukat Khanum dalam keadaan separuh sedarkan.

Polis tempatan berkata, siasatan awal menunjukkan kejadian itu adalah satu kemalangan namun siasatan terperinci akan dilakukan.

“Kami tidak melihat sebarang unsur jenayah,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri sementara, Mir Hazar Khan Khoso melahirkan kebimbangan dan berharap pemimpin itu pulih sepenuhnya sebelum pilihan raya Sabtu ini.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam dua letupan bom di Khyber-Pakhtunkhwa, wilayah barat laut Pakistan.

Kejadian letupan terbaru itu menjadikan jumlah kematian meningkat lebih 100 orang manakala ratusan mengalami kecederaan.

Menurut petikan daripada India Times, Mir Hazar Khan dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya telah mengarahkan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan dan mengutuk serangan ganas itu yang dikatakan paling buruk dalam sejarah di negara itu.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment