Pages

Sunday 12 May 2013

MAWI LEBAR PERNIAGAAN PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KE PERINGKAT GLOBAL

Setelah lebih empat bulan mengorak langkah dalam dunia perniagaan, akhirnya Mawi bersama isterinya, Nor Asikin Rahmat atau Ekin melancarkan produk kesihatan dan kecantikan pertama mereka itu.

MAWI LEBAR PERNIAGAAN PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KE PERINGKAT GLOBAL

Mawi lebar bisnes ke peringkat global


KUALA LUMPUR - Pengasas produk kesihatan dan kecantikan Unequein, Asmawi Ani atau Mawi menyasarkan untuk menembusi pasaran global selepas produk tersebut bertapak beberapa bulan di Malaysia.

Setelah lebih empat bulan mengorak langkah dalam dunia perniagaan, akhirnya Mawi bersama isterinya, Nor Asikin Rahmat atau Ekin melancarkan produk kesihatan dan kecantikan pertama mereka itu.

"Saya harap produk ini diterima di Malaysia dan mampu menembusi pasaran dunia.

"Pihak kami masih merancang untuk memasarkan produk ini ke peringkat global," katanya ketika memberi ucapan pada majlis pelancaran produk Unequein.

Sepuluh produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan ramuan al-sunnah serta bahan-bahan semulajadi itu sudah berada di pasaran sejak tiga bulan lalu.

Setakat ini, Uniquein sudah melantik 37 stokis dan 20 agen di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan United Kingdom (UK).

Mawi memberitahu idea menghasilkan produk ini datang daripada Ekin kira-kira dua tahun lalu.

"Idea datang daripada Ekin. Dia mahu mengeluarkan produk kecantikan dan dia juga mahu saya mengeluarkan produk atas nama saya sendiri.

"Jadi, saya kaji satu per satu buahan-buahan botani dan sunnah seperti delima, zaitun, habbastus sauda' dan sebagainya sehingga tercetus Multijuice Liquid Health Supplements," katanya.

Multijuice merupakan minuman berkhasiat yang membantu mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh baik luar dan dalam.

Beliau memberitahu, pihaknya mengambil masa dua tahun sebelum benar-benar yakin untuk mengeluarkan produk tersebut.

"Kami ambil masa dua tahun untuk mengeluarkan produk ini. Kami kaji dan buat ujian klinikal dengan bantuan pakar produk ini.

"Alhamdulillah, semua produk ini sudah mendapat kelulusan dari KKM, Jakim dan GMP. Malah kilang kami di Kulim, Kedah telah diiktiraf Islamic Manufacturing Practice (IMP)," katanya.

Selain Multijuice, beberapa produk lain ialah Collagen, Cleanser, Serum, Cream Lotion, Eye Gel, Acnes Serum, Pimple Lotion, Facial Scrub dan Skincare 4 in 1.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment