Pages

Tuesday 7 May 2013

ANWAR IBRAHIM TIDAK KISAH JIKA LIM KIT SIANG JADI KETUA PEMBANGKANG

Persoalan mengenai jawatan ketua pembangkang muncul ekoran komposisi kerusi yang dimenangi PR menunjukkan DAP di depan dengan 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi. 

ANWAR IBRAHIM TIDAK KISAH JIKA LIM KIT SIANG JADI KETUA PEMBANGKANG

Anwar tidak kisah jika Kit Siang jadi ketua pembangkang


PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) punya persefahaman yang jelas berhubung jawatan Ketua Pembangkang setelah perikatan itu tewas kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum, kelmarin.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pas dan DAP setakat ini sudah memberikannya lampu hijau bagi meneruskan tanggungjawab yang digalasnya  penggal lalu. 

“Setakat ini, DAP dan Pas masih berpendirian saya harus teruskan. Tapi akan dibincang lagi,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online. 

Persoalan mengenai jawatan ketua pembangkang muncul ekoran komposisi kerusi yang dimenangi PR menunjukkan DAP di depan dengan 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi. 

“Dulu pun bila kerusi DAP mengatasi PKR setelah beberapa lompatan berlaku, saya menawarkan diri untuk undur menyerahkan tapi kedua-dua parti DAP dan Pas minta saya meneruskan. 

“Sekarang pun saya ada beritahu kepada DAP, saya tidak... tidak ada masalah sebenarnya kalau YB Lim Kit Siang jadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia, saya boleh tumpu kerja-kerja lain,” ujar Anwar.

Dalam satu sidang media semalam, Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, parti itu akan menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang bahkan sebagai perdana menteri.

"...tetapi memandangkan keputusan pilihan raya tidak memihak kepada PR, maka DAP akan tetap menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang,” kata Kit Siang.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment