Pages

Showing posts with label Anwar Ibrahim Terkini. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim Terkini. Show all posts

Sunday, 23 March 2014

KEPUTUSAN PRK DUN KAJANG: WAN AZIZAH MENANG | KEKAL MILIK PKR

Keputusan PRK Dun Kajang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Dun Kajang N25, Datuk Hassan Nawawi di Stadium Majlis Perbandaran Kajang , Bandar Baru Bangi pada jam 9.12 minit malam dengan Wan Azizah meraih undi sebanyak  16,741 manakala Mei Fun sekadar mendapat 11,362 undi.
Wan Azizah menang, Kajang kekal milik PKR
Wan Azizah bersama Anwar dan pemimpin lain meraikan kejayaan PKR mengekalkan penguasaan di Kajang. - Foto Sinar Harian oleh Afiq Razali


Wan Azizah menang, Kajang kekal milik PKR

KAJANG - Kerusi Dun Kajang terus kekal milik PKR setelah calonnya, Datin Seri Wan Aizah Wan Ismail menang Pilihan Raya Kecil ( PRK) N25 menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

Keputusan PRK Dun Kajang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Dun Kajang N25, Datuk Hassan Nawawi di Stadium Majlis Perbandaran Kajang , Bandar Baru Bangi pada jam 9.12 minit malam dengan Wan Azizah meraih undi sebanyak  16,741 manakala Mei Fun sekadar mendapat 11,362 undi.
Kemenangan tersebut mengulangi keputusan pada PRU13 lalu apabila PKR menang dengan majoriti 6,824 undi.

Kemenangan PKR telah dijangka awal apabila tempat pengumuman telah mula sesak dipenuhi penyokong PR yang berhimpun sejak 6 petang sebelum keputusan diumumkan.

Menyedari kemenangan dalam tangan, Wan Azizah turut hadir bersama Anwar tepat jam 9 malam bersama pemimpin PR lain antaranya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan lain-lain pemimpin PR.

Manakala tiada penyokong BN yang hadir pada pengumuman dilakukan menyaksikan BN tewas kepada PKR sejak dua PRU iaitu pada 2008 dan 2013.

Sementara itu, sejumlah 38,055 pengundi berdaftar di kawasan Dun Kajang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi memilih wakil rakyat yang baharu.

Sebanyak 15 pusat mengundi yang dibuka seawal pukul 8 pagi disediakan bagi proses pengundian biasa PRK Kajang dengan 88 peti undi termasuk undi pos.

Proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang dengan peratusan keluar mengundi adalah 72.1 peratus.

Undi ditolak adalah sebanyak 176 dengan peratus perbezaan undi adalah 19.14 peratus.

PRK Kajang diadakan selepas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Bagaimanapun, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai Sdun Kajang yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu tidak layak untuk bertanding kerana gagal dalam kes liwat di Mahkamah Rayuan.

Pada PRU-13, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.



Sinar Harian

Sunday, 26 May 2013

PERJANJIAN RAHSIA ANTARA ANWAR IBRAHIM & DATUK SERI NAJIB DIDEDAH

Dakwaan Jusuf itu dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam satu artikel, semalam, semasa Anwar mengadakan protes berterusan menentang keputusan PRU13 yang didakwanya dicemari penipuan selepas Barisan Nasional (BN) kembali memegang tampuk pemerintahan.

Anwar Ibrahim dan Najib Razak

WSJ: Perjanjian sulit Anwar, Najib gagal


JAKARTA – Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Dakwaan Jusuf itu dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam satu artikel, semalam, semasa Anwar mengadakan protes berterusan menentang keputusan PRU13 yang didakwanya dicemari penipuan selepas Barisan Nasional (BN) kembali memegang tampuk pemerintahan.

“Saya meminta Anwar menerima keputusan itu (pada 6 Mei) dan lihat kepada realiti tetapi mereka kata ‘tidak, tidak, tidak, tidak,” kata Jusuf dalam temuramah dengan WSJ.

Dalam satu temuramah dengan WSJ, Jusuf mendedahkan beliau menjadi orang tengah untuk satu perjanjian rahsia antara Anwar dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu.

Menurut Jusuf, Anwar dan Najib, yang dianggap sebagai sahabat beliau sejak beberapa dekad lalu, telah membuat perjanjian bertulis untuk tidak melancarkan serangan peribadi semasa kempen dan menerima keputusan pilihan raya itu.

Jusuf mendakwa perjanjian itu dicadangkan oleh Anwar sendiri.

Artikel bertajuk Behind Malaysian Poll Protest, a Peace Deal That Collapsed itu turut menyebut Anwar mengakui beliau membuat perjanjian itu, namun ketua pembangkang itu menganggap BN membuatkan perjanjian itu terbatal melalui cara parti itu berkempen.

“Macam mana anda boleh bercakap mengenai perdamaian apabila anda memburukkan lawan dengan cara sebegini,” kata Anwar merujuk kepada media di Malaysia yang kebanyakannya dimiliki kerajaan.

Laporan WSJ itu juga menyebut Anwar mendakwa Jusuf yang memulakan cadangan untuk mengadakan perjanjian itu, dan bukannya beliau sendiri.

Penasihat Najib dilaporkan mengakui perjanjian itu dibuat dan menolak pandangan Anwar bahawa ianya terbatal semasa kempen, di mana kedua pihak menggunakan pelbagai serangan ke atas satu sama lain.

“Anwar meminta bantuan Jusuf untuk mendapatkan perjanjian antara BN dan Pakatan Rakyat supaya kedua-dua pihak menerima keputusan PRU13, walaupun jika salah satu pihak menang dengan majoriti mudah.

“Perdana Menteri mengulangi secara peribadi kepada Jusuf dan kepada rakyat sebelum PRU13 bahawa BN akan menghormati pilihan rakyat dan menerima keputusan pilihan raya, walaupun jika pembangkang menang,” menurut penasihat Najib seperti dilaporkan WSJ.

Laporan itu juga menyebut Najib dan Anwar menolak bahagian dalam perjanjian sulit itu bagi memberikan pihak yang tewas peranan dalam apa yang disebut sebagai ‘kerajaan perdamaian’.

Menurut Jusuf, Anwar bertemu dengannya mengenai perjanjian itu, dua bulan lalu di rumahnya di Jakarta, Indonesia dan meminta Jusuf mendapatkan komitmen Najib untuk menerima keputusan pilihan raya dengan aman.

Jusuf menjadi orang tengah untuk perjanjian damai bagi banyak konflik di Indonesia semasa menjadi naib presiden negara itu dari 2004 hingga 2009, selain memainkan peranan dalam rundingan damai di Thailand dan Sri Lanka.

Jusuf juga berkata, beliau bimbang semakin lama pertelingkahan antara dua pemimpin politik itu, semakin berpecah-belah penduduk Malaysia yang akhirnya mungkin menyebabkan keganasan.



Sinar Harian

Thursday, 16 May 2013

ANWAR IBRAHIM PERLU KOTAKAN JANJI UNTUK BERUNDUR

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos 2012 berkata, beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada BN pada PRU13.

Abu Seman Yusop
Abu Seman Yusop

Anwar perlu kotakan janji


SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengotakan janjinya untuk berundur kerana gagal menawan Putrajaya selepas PRU13.

Bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusop berkata, Anwar dilihat masih mengimpikan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan cita-citanya.

“Beliau telah menyatakan sebelum ini, jika kalah beliau akan berundur tetapi jelas sehingga kini beliau masih lagi menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

“Beliau sepatutnya menunaikan janjinya itu tetapi saya lihat apa yang dilakukan hari ini lebih kepada keinginan peribadi berbanding kepentingan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, usaha PR menganjurkan pelbagai perhimpunan untuk menolak keputusan PRU13 bakal memberi impak negatif kepada negara.

Katanya, Anwar sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa PR telah tewas merampas Putrajaya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam masyarakat.

“Sehingga kini beliau tiada bukti kukuh untuk dibawa ke hadapan, oleh itu menggunakan rakyat untuk berdemo di jalanan bagi menarik perhatian.

“Kita ada proses undangundang sepatutnya PR mengikut proses yang ditetapkan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pembangkang sepatutnya akur dengan suara majoriti rakyat dan Anwar sebagai pemimpin utama perlu berundur kerana tidak mampu menunaikan janjinya sebelum pilihan raya.

“PR dilihat mengamalkan demokrasi terpilih apabila enggan menerima keputusan daripada Kerajaan Pusat, tetapi boleh menerima keputusan di kerusi-kerusi yang dimenangi sehingga bertindak pantas membentuk Kerajaan Negeri mereka.

“Mereka lemparkan banyak tuduhan bagi mengelirukan rakyat, PR juga menggalakkan demonstrasi jalanan sebagai cara untuk menyuarakan  masalah, saya mahu pemimpin PR bertanggungjawab terhadap kesan yang bakal berlaku di kemudian hari nanti,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Papar itu, berdemonstrasi di jalanan hanya merosakkan perpaduan yang telah dibina selama ini.

Menurut laporan The Edge, 81 peratus pembaca akhbar itu mahu Anwar bersara kerajaan gagal membentuk Kerajaan Pusat.

Bancian yang melibatkan 12,588 menunjukkan 10,275 orang mahu Anwar mengotakan janji untuk bersara.

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos 2012 berkata, beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada BN pada PRU13.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pematang Pauh itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik kerana mendakwa PRU13 penuh penipuan dan akan terus memperjuangkan hak rakyat menuntut pilihanraya adil dan bersih.


Sinar Harian

Wednesday, 15 May 2013

BANCIAN MENUNJUKKAN LEBIH 81% MAHU ANWAR IBRAHIM BERSARA

Daripada jumlah itu, 10,275 undian mengatakan sokongan supaya Anwar memenuhi janji untuk meletakkan jawatan tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim

81 peratus mahu Anwar bersara


SHAH ALAM - Lebih 81 peratus pembaca akhbar The Edge mahu Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan tersebut gagal membentuk kerajaan pusat selepas PRU13, 5 Mei lalu.

Bancian online The Edge melalui laman www.theedgemalaysia.com menunjukkan setakat jam 3 petang semalam, sebanyak 12,588 mengambil bahagian dalam bancian tersebut.

Daripada jumlah itu, 10,275 undian mengatakan sokongan supaya Anwar memenuhi janji untuk meletakkan jawatan tersebut.

Sementara itu, sebanyak 2,314 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu.

Bancian ini masih berlangsung dengan soalan berbunyi, ‘PR telah gagal menawan Putrajaya pada PRU13. Adakah Anwar perlu meletakkan jawatan sebagai ketua?’.

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu berkata beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik kerana mendakwa PRU13 dipenuhi penipuan dan akan terus memperjuangkan hak rakyat menuntut pilihan raya adil dan bersih.



Sinar Harian

Tuesday, 7 May 2013

ANWAR IBRAHIM TIDAK KISAH JIKA LIM KIT SIANG JADI KETUA PEMBANGKANG

Persoalan mengenai jawatan ketua pembangkang muncul ekoran komposisi kerusi yang dimenangi PR menunjukkan DAP di depan dengan 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi. 

ANWAR IBRAHIM TIDAK KISAH JIKA LIM KIT SIANG JADI KETUA PEMBANGKANG

Anwar tidak kisah jika Kit Siang jadi ketua pembangkang


PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) punya persefahaman yang jelas berhubung jawatan Ketua Pembangkang setelah perikatan itu tewas kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum, kelmarin.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pas dan DAP setakat ini sudah memberikannya lampu hijau bagi meneruskan tanggungjawab yang digalasnya  penggal lalu. 

“Setakat ini, DAP dan Pas masih berpendirian saya harus teruskan. Tapi akan dibincang lagi,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online. 

Persoalan mengenai jawatan ketua pembangkang muncul ekoran komposisi kerusi yang dimenangi PR menunjukkan DAP di depan dengan 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi. 

“Dulu pun bila kerusi DAP mengatasi PKR setelah beberapa lompatan berlaku, saya menawarkan diri untuk undur menyerahkan tapi kedua-dua parti DAP dan Pas minta saya meneruskan. 

“Sekarang pun saya ada beritahu kepada DAP, saya tidak... tidak ada masalah sebenarnya kalau YB Lim Kit Siang jadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia, saya boleh tumpu kerja-kerja lain,” ujar Anwar.

Dalam satu sidang media semalam, Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, parti itu akan menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang bahkan sebagai perdana menteri.

"...tetapi memandangkan keputusan pilihan raya tidak memihak kepada PR, maka DAP akan tetap menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang,” kata Kit Siang.



Sinar Harian

ANWAR IBRAHIM MUNGKIN BERSARA DARIPADA POLITIK SELEPAS SELESAI ISU PENIPUAN PRU13

Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM MUNGKIN BERSARA DARIPADA POLITIK SELEPAS SELESAI ISU PENIPUAN PRU13

ANWAR MAHU SELESAI ISU PENIPUAN PILIHANRAYA DULU


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.
Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah “dicuri” daripada rakyat melalui proses penipuan.
“Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
“Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.
Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.
“Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan,” katanya.
Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda ‘perkabungan’ ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini.
“Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.
“Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara,” katanya.
Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.
Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.
“Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga,” katanya.
Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.
Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.
“Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.
“Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.
“Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan,” katanya lagi.

Malaysiakini

Tuesday, 23 April 2013

ISU TINDIH KERUSI PKR - PAS SELESAI | PSM MASIH RUNDING - ANWAR IBRAHIM

Ketua Umum Pakatan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pertindihan enam kerusi membabitkan PKR-Pas telah selesai manakala satu kerusi ditandingi Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih dalam perbincangan.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim menjawab pelbagai aspek melibatkan politik tanah air dan Pakatan Rakyat menjelang PRU13. - Foto oleh SAFWAN MANSOR

Anwar: Isu tindih kerusi PKR-Pas selesai, 
PSM masih runding


PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pertindihan enam kerusi membabitkan PKR-Pas telah selesai manakala satu kerusi ditandingi Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih dalam perbincangan.

Beliau berkata, Pas akan mengekalkan tiga kerusi Dun di Terengganu iaitu di Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera manakala PKR akan mengekalkan calonnya di kerusi Parlimen Labuan.

"PKR juga akan mengekalkan calon di kerusi Dun Sungai Acheh (Pulau Pinang) dan Panti (Johor).

"Bagi kerusi Dun Kota Damansara di Selangor, di mana calon PSM akan bertanding di bawah logo PKR masih lagi dalam perbincangan dan saya yakin Pakatan Rakyat (PR) akan dapat selesaikan perkara ini segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.



Sinar Harian

Saturday, 20 April 2013

ISU VIDEO ANWAR IBRAHIM | GAMBAR KLON ANWAR DIDEDAHKAN


Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini .

Inikah lelaki yang memiliki wajah mirip Anwar?


Gambar klon Anwar didedahkan


KUALA LUMPUR 19 April - Desas-desus mengenai perancangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan lelaki yang memiliki wajah mirip beliau semata-mata untuk membersihkan namanya selepas dikaitkan dengan beberapa isu video seks hampir menemukan jawapan.

Hari ini, Utusan Malaysia telah menerima kiriman e-mel daripada sumber yang mengandungi gambar yang didakwa klon kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini .

Menurut sumber, lelaki berasal dari Thailand itu dikatakan ditugaskan untuk memainkan peranan sebagai 'pelakon' yang akan membuat 'pengakuan' tersebut dalam beberapa siri ceramah kempen pilihan raya kali ini.

"Lelaki itu dikatakan akan membuat penampilan pertamanya di kawasan Parlimen yang akan dipertahankan Anwar iaitu di Permatang Pauh dipercayai bertujuan meraih semula kepercayaan pengundi yang kini sudah semakin hilang keyakinan terhadap beliau.

"Klon Anwar itu dijadual akan tampil di Madrasah An-Nahdhoh, Kampung Petani di Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang malam ini untuk membuat pendedahan palsu di hadapan orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Walau bagaimanapun saksi yang dikatakan menyerupai Anwar itu gagal ditampilkan dalam ceramah beliau malam ini dengan alasan peguam dan lelaki berkenaan ditahan polis di Bukit Kayu Hitam.

Menurut sumber itu lagi, orang-orang Anwar difahamkan telah berlepas menaiki penerbangan ke Alor Setar, Kedah pada awal pagi tadi, sebelum menyewa kenderaan untuk bertemu dengan lelaki yang dipercayai dari Yala itu di sebuah hotel di Hatyai, Thailand.

"Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai perancangan alternatif sebelum membuat pendedahan palsu tersebut, memandangkan rancangan asal mereka untuk membuat pengakuan itu telah dihidu oleh pihak-pihak tertentu di negara ini," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan bekas Setiausaha PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar bahawa Penasihat PKR itu akan membawa dua individu dari Thailand, salah seorang mempunyai wajah mirip Anwar dan seorang lagi mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagi membuat pengakuan palsu setelah beberapa video seks yang mengaitkan dua pemimpin tersebut tersebar.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin turut mendedahkan perkara sama berikutan beberapa maklumat terkini daripada pihak tertentu yang diterima olehnya.

Tindakan Anwar itu turut dikritik oleh bekas Ketua PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang mempertikaikan kesanggupan Anwar membawa 'pelakon' tetapi enggan bersumpah laknat jika benar beliau tidak bersalah.

Terdahulu, pada 17 Mac lalu, Awang Selamat menerusi ruangan Analisis Mingguan menyatakan seorang tokoh pembangkang telah melancarkan gerakan secara senyap untuk mencari individu terutama di Thailand yang seiras wajah dan susuk badannya.

Laporan itu turut menyatakan, jika pencarian itu berjaya, individu tersebut akan dipujuk untuk mengaku terlibat dalam satu perlakuan yang mencetuskan kegemparan di negara ini tidak lama dulu.


Utusan Malaysia

PKR GAGAL TAMPIL PELAKON SEBENAR VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM

Sekitar 5,000 penyokong parti pembangkang hampa apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal menampilkan individu yang didakwa 'pelakon sebenar' dalam video seks membabitkan individu mirip ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu : Foto intim mirip Anwar sudah dijangka


Klik Link Di Bawah Untuk Baca Entry Berkaitan :





PKR gagal tampil 'pelakon sebenar' video seks Anwar


BUKIT MERTAJAM - Sekitar 5,000 penyokong parti pembangkang hampa apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal menampilkan individu yang didakwa 'pelakon sebenar' dalam video seks membabitkan individu mirip ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, PKR berjanji akan melakukan pendedahan eksklusif berhubung 'pelakon' tersebut pada majlis solat hajat dan siri Jelajah Merdeka Rakyat di Madrasah An Nadhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, dekat sini, malam tadi.

Bagaimanapun, calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenal sebagai CheguBard, ketika berucap berkata, usaha untuk menampilkan 'pelakon sebenar' dari Thailand itu tidak kesampaian apabila mendakwa rombongan yang membawa individu itu ditahan oleh pihak berkuasa di Bukit Kayu Hitam.

"Kira-kira pukul 6 petang tadi saya mendapat panggilan telefon daripada setiausaha eksekutif pakatan pembangkang, Ahmad Shabrini Mohamed Sidek, mengatakan mereka telah ditahan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam bersama individu sebenar dan bukti menafikan Anwar terlibat dalam rakaman video seks itu.

"Kita sudah semakin hampir untuk mengetahui di mana lokasi rakaman video itu selain siasatan yang mengesahkan wujudnya manusia yang susuknya hampir sama dengan Anwar," kata Badrul Hisham, yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia.

Badrul Hisham turut menyiarkan semula rakaman perbualan telefon antara beliau dengan Ahmad Shabrimi kepada penyokong pada majlis itu yang turut disertai oleh Anwar.

Isu video seks Anwar itu telah didedahkan oleh Trio Datuk 'T" pada 21 Mac 2011,  rakaman video yang menggemparkan negara itu telah dipertontonkan kepada wakil media di hotel  Carcosa Seri Negara.

Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011. - Bernama



Sinar Harian

Saturday, 6 April 2013

PRU13 : SAH! ANWAR IBRAHIM KEKAL DI PERMATANG PAUH

Kelmarin beliau berkata akan bertanding di Perak, tetapi akan membuat keputusan akhir dan muktamad selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Permatang Pauh.


Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sah, Anwar mahu kekal di Permatang Pauh


BUKIT MERTAJAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Pengumuman itu dibuat di hadapan kira-kira 500 penyokongnya ketika menghadiri ceramah umum di padang awam Taman Pauh sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan hampir sebulan lalu.
Kelmarin beliau berkata akan bertanding di Perak, tetapi akan membuat keputusan akhir dan muktamad selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Permatang Pauh.
Dengan keputusan itu, beliau berharap dapat menjawab segala spekulasi mengenai kerusi yang akan ditandingi kali ini.
Beliau pada masa yang sama berharap pengundi dapat terus memberikan sokongan dan membantu beliau untuk mempertahankan kerusi di situ.
"Walaupun selepas ini saya akan sibuk membantu untuk mengukuhkan negeri Perak,saya berharap penduduk akan membantu pertahankan Permatang Pauh," katanya.

Sinar Harian