Pages

Showing posts with label Anwar Ibrahim Bersara?. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim Bersara?. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

ANWAR IBRAHIM PERLU KOTAKAN JANJI UNTUK BERUNDUR

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos 2012 berkata, beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada BN pada PRU13.

Abu Seman Yusop
Abu Seman Yusop

Anwar perlu kotakan janji


SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengotakan janjinya untuk berundur kerana gagal menawan Putrajaya selepas PRU13.

Bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusop berkata, Anwar dilihat masih mengimpikan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan cita-citanya.

“Beliau telah menyatakan sebelum ini, jika kalah beliau akan berundur tetapi jelas sehingga kini beliau masih lagi menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

“Beliau sepatutnya menunaikan janjinya itu tetapi saya lihat apa yang dilakukan hari ini lebih kepada keinginan peribadi berbanding kepentingan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, usaha PR menganjurkan pelbagai perhimpunan untuk menolak keputusan PRU13 bakal memberi impak negatif kepada negara.

Katanya, Anwar sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa PR telah tewas merampas Putrajaya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam masyarakat.

“Sehingga kini beliau tiada bukti kukuh untuk dibawa ke hadapan, oleh itu menggunakan rakyat untuk berdemo di jalanan bagi menarik perhatian.

“Kita ada proses undangundang sepatutnya PR mengikut proses yang ditetapkan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pembangkang sepatutnya akur dengan suara majoriti rakyat dan Anwar sebagai pemimpin utama perlu berundur kerana tidak mampu menunaikan janjinya sebelum pilihan raya.

“PR dilihat mengamalkan demokrasi terpilih apabila enggan menerima keputusan daripada Kerajaan Pusat, tetapi boleh menerima keputusan di kerusi-kerusi yang dimenangi sehingga bertindak pantas membentuk Kerajaan Negeri mereka.

“Mereka lemparkan banyak tuduhan bagi mengelirukan rakyat, PR juga menggalakkan demonstrasi jalanan sebagai cara untuk menyuarakan  masalah, saya mahu pemimpin PR bertanggungjawab terhadap kesan yang bakal berlaku di kemudian hari nanti,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Papar itu, berdemonstrasi di jalanan hanya merosakkan perpaduan yang telah dibina selama ini.

Menurut laporan The Edge, 81 peratus pembaca akhbar itu mahu Anwar bersara kerajaan gagal membentuk Kerajaan Pusat.

Bancian yang melibatkan 12,588 menunjukkan 10,275 orang mahu Anwar mengotakan janji untuk bersara.

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos 2012 berkata, beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada BN pada PRU13.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pematang Pauh itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik kerana mendakwa PRU13 penuh penipuan dan akan terus memperjuangkan hak rakyat menuntut pilihanraya adil dan bersih.


Sinar Harian

Wednesday, 15 May 2013

BANCIAN MENUNJUKKAN LEBIH 81% MAHU ANWAR IBRAHIM BERSARA

Daripada jumlah itu, 10,275 undian mengatakan sokongan supaya Anwar memenuhi janji untuk meletakkan jawatan tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim

81 peratus mahu Anwar bersara


SHAH ALAM - Lebih 81 peratus pembaca akhbar The Edge mahu Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan tersebut gagal membentuk kerajaan pusat selepas PRU13, 5 Mei lalu.

Bancian online The Edge melalui laman www.theedgemalaysia.com menunjukkan setakat jam 3 petang semalam, sebanyak 12,588 mengambil bahagian dalam bancian tersebut.

Daripada jumlah itu, 10,275 undian mengatakan sokongan supaya Anwar memenuhi janji untuk meletakkan jawatan tersebut.

Sementara itu, sebanyak 2,314 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu.

Bancian ini masih berlangsung dengan soalan berbunyi, ‘PR telah gagal menawan Putrajaya pada PRU13. Adakah Anwar perlu meletakkan jawatan sebagai ketua?’.

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu berkata beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik kerana mendakwa PRU13 dipenuhi penipuan dan akan terus memperjuangkan hak rakyat menuntut pilihan raya adil dan bersih.



Sinar Harian

Tuesday, 7 May 2013

ANWAR IBRAHIM MUNGKIN BERSARA DARIPADA POLITIK SELEPAS SELESAI ISU PENIPUAN PRU13

Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM MUNGKIN BERSARA DARIPADA POLITIK SELEPAS SELESAI ISU PENIPUAN PRU13

ANWAR MAHU SELESAI ISU PENIPUAN PILIHANRAYA DULU


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.
Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah “dicuri” daripada rakyat melalui proses penipuan.
“Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
“Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.
Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.
“Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan,” katanya.
Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda ‘perkabungan’ ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini.
“Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.
“Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara,” katanya.
Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.
Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.
“Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga,” katanya.
Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.
Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.
“Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.
“Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.
“Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan,” katanya lagi.

Malaysiakini