Pages

Monday 20 May 2013

KES ROGOL MURID TAHUN ENAM | POSTER GAMBAR 'USTAZ' DIEDAR

Pada 23 Disember tahun lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar perempuan tahun enam hidup dalam trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah seorang bomoh apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, di sini, sejak awal tahun 2011.

Edar poster cari 'ustaz', selesai kes rogol
Araniri (kanan) menunjukkan poster yang akan diedarkan di seluruh negeri Kedah, semalam.

Edar poster cari 'ustaz', selesai kes rogol


ALOR SETAR – DAP cawangan Bakar Bata akan mengedarkan sebanyak 15,000 keping poster gambar seorang lelaki yang digelar ‘ustaz’ untuk membantu dalam siasatan kes rogol seorang murid perempuan tahun enam, dua tahun lalu.

Penyelarasnya, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, tujuan penyebaran gambar tersebut adalah bagi membantu pihak polis segerakan siasatan.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama berlarutan. Media massa pun sudah menyiarkan gambar lelaki berkenaan menerusi akhbar dan televisyen. Sekarang ini, sudah setahun lebih, tidak nampak satu perkembangan pun berhubung kes itu.

“Kita bukan nak salahkan polis, cuma kita harap mereka lebih serius menyelesaikan kes melibatkan rogol bawah umur,” katanya.

Menurutnya, poster berkenaan juga akan diedarkan ke setiap cawangan dan pusat khidmat PR di seluruh Kedah.

“Kita juga akan edarkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) seluruh Kedah untuk turut sama membantu mengesan individu berkenaan.
   
“Dengan menggunakan kaedah seperti ini, kita yakin orang ramai dapat membantu polis untuk mengesan lelaki berkenaan dalam tempoh yang lebih singkat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengamal Bekam Sunnah dan Ruqyah Malaysia turut sedia menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada mangsa rogol berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan, bolehlah segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Pada 23 Disember tahun lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar perempuan tahun enam hidup dalam trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah seorang bomoh apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, di sini, sejak awal tahun 2011.

Difahamkan, lelaki berkenaan cuba mengambil kesempatan itu selepas mendakwa mangsa mempunyai penyakit misteri kerana terdapat batu dalam badan dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan turut mengesahkan bahawa polis memang sedang menyiasat kes berkenaan.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment