Pages

Sunday 5 May 2013

HELIKOPTER DINAIKI DATUK SERI HISHAMMUDDIN & KELUARGA TERBALIK


Beliau berkata, helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.

DATUK SERI HISHAMMUDDIN & KELUARGA SELAMAT | HELIKOPTER TERBALIK
- Gambar Carian Google

Helikopter terbalik, Hishammuddin sekeluarga selamat


KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini berkata, kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.
Beliau berkata, helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.
"Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. - KOSMO!



No comments:

Post a Comment