Pages

Wednesday 7 August 2013

'SALAHKAH CHETZ LEBIH MENYAYANGI ANJING?' - PAS

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Maznah itu tidak mempunyai niat menghina Islam.

Maznah
'SALAHKAH CHETZ LEBIH MENYAYANGI ANJING?' - PAS

Pas: 'Salahkah Chetz lebih menyayangi anjing?'

SHAH ALAM - Pas hari ini mendakwa Islam tidak terhina dengan video yang telah dimuat naik oleh pelatih anjing Maznah Yusof.
 
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Maznah itu tidak mempunyai niat menghina Islam.
 
Sebaliknya, beliau berkata Maznah hanya menunjukkan ketaksubannya terhadap haiwan tersebut.
 
"Chetz (Maznah) mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya.
 
"Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman.
 
"Video tersebut juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia," katanya pada satu kenyataan media.
 
Sabtu lalu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan  Chetz yang memuatnaik video beliau menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam laman Facebook sebagai perbuatan menghina Islam.
 
Berikutan itu Jakim diarah memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.
 
Ia diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
 
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga berkata tidak wajar Maznah dikenakan hukuman, ia seharusnya dididik.
 
"Chetz perlu dididik bukannya dihukum.
 
"Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu," katanya.
 
sehubungan itu, Tuan Ibrahim juga mengesyorkan umat Islam yang tersinggung dengan video tersebut mengambil kesempatan pada Aidilfitri yang bakal kunjung tiba untuk memaafkan Chetz.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment