Pages

Showing posts with label Kes Maznah Sambut Raya Bersama Anjing Terkini. Show all posts
Showing posts with label Kes Maznah Sambut Raya Bersama Anjing Terkini. Show all posts

Wednesday, 7 August 2013

'SALAHKAH CHETZ LEBIH MENYAYANGI ANJING?' - PAS

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Maznah itu tidak mempunyai niat menghina Islam.

Maznah
'SALAHKAH CHETZ LEBIH MENYAYANGI ANJING?' - PAS

Pas: 'Salahkah Chetz lebih menyayangi anjing?'

SHAH ALAM - Pas hari ini mendakwa Islam tidak terhina dengan video yang telah dimuat naik oleh pelatih anjing Maznah Yusof.
 
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Maznah itu tidak mempunyai niat menghina Islam.
 
Sebaliknya, beliau berkata Maznah hanya menunjukkan ketaksubannya terhadap haiwan tersebut.
 
"Chetz (Maznah) mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya.
 
"Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman.
 
"Video tersebut juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia," katanya pada satu kenyataan media.
 
Sabtu lalu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan  Chetz yang memuatnaik video beliau menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam laman Facebook sebagai perbuatan menghina Islam.
 
Berikutan itu Jakim diarah memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.
 
Ia diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
 
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga berkata tidak wajar Maznah dikenakan hukuman, ia seharusnya dididik.
 
"Chetz perlu dididik bukannya dihukum.
 
"Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu," katanya.
 
sehubungan itu, Tuan Ibrahim juga mengesyorkan umat Islam yang tersinggung dengan video tersebut mengambil kesempatan pada Aidilfitri yang bakal kunjung tiba untuk memaafkan Chetz.


Sinar Harian

Sunday, 4 August 2013

PEGUAM PELATIH ANJING, MAZNAH (CHETZ) DAKWA KERAJAAN BERNIAT JAHAT

“Kenyataan tersebut berniat jahat, tidak berasas dan berat sebelah kepada hak perundangan Chetz (Maznah) yang ketika ini dalam siasatan.

Peguam Maznah
Peguambela, Maznah Mohd Yusof menyifatkan kerajaan berniat jahat ke atas anak guamnya. - Foto ihsan The Malaysian Insider

Peguam Maznah: Kerajaan berniat jahat

SHAH ALAM – Kedua-dua peguambela pelatih anjing, Maznah Mohd Yusof, 38 mendakwa kenyataan kerajaan yang mencadangkan wanita berkenaan dipulihkan akhlaknya sebagai perkara yang berniat jahat dan tidak berasas.
 
“Kenyataan tersebut berniat jahat, tidak berasas dan berat sebelah kepada hak perundangan Chetz (Maznah) yang ketika ini dalam siasatan.
 
“Ia jelas menunjukkan pihak berkuasa meneruskan serangan tidak adil mereka dan propaganda ke atas Chetz,” menurut N. Surendran dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan media hari ini. 
 
Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah yang kini menjadi kritikan ekoran video memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing yang menyambut hari raya di YouTube baru-baru ini.
 
Dalam pada itu, Surendran dan Latheefa berkata, anak guamnya itu masih belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan dan sikap menghakimi sesuatu perkara sebelum diputuskan di muka pengadilan telah menafikan hak asasi Maznah untuk membela diri.
 
“Timbalan Menteri berkenaan, Jabatan Perdana Menteri dan Jakim perlu tahu Maznah belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan.
 
“Apakah asas Maznah dikritik atas tingkah lakunya? Ini menunjukkan kerajaan dan Jakim bertindak sebagai hakim, juri dan pendakwa tanpa Maznah diberi peluang untuk membela dirinya,” tulisnya lagi.


Sinar Harian