Pages

Thursday 1 August 2013

PEMAIN HOKI KEBANGSAAN CHUA BOON HUAT MAUT KEMALANGAN

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata, kereta Proton Perdana dipandu Boon Huat dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air di LDP dalam kejadian awal pagi itu.

Pemain hoki maut kemalangan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto ehsan Bomba dan Penyelamat

Pemain hoki maut kemalangan

PETALING JAYA - [Dikemaskini] Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas kereta dipandunya melanggar lori siram pokok di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata, kereta Proton Perdana dipandu Boon Huat dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air di LDP dalam kejadian awal pagi itu.


Pemain hoki maut kemalangan
Keadaan kereta mangsa yang remuk. Foto Ehsan Bomba dan Penyelamat


Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.

Beliau berkata Boon Huat mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Boon Huat merupakan antara pemain hoki negara paling lama yang mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.- Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment