Pages

Monday 12 August 2013

BERITA & GAMBAR PENGANUT AGAMA LAIN GUNA SURAU UNTUK BERIBADAT

Selepas beberapa kes membabitkan penghinaan kepada umat Islam menerusi lama sosial, Facebook, kini pihak tertentu semakin berani menggunakan surau sebagai tempat penganut agama lain beribadat.


Surau digunakan penganut agama lain beribadat
BERITA & GAMBAR PENGANUT AGAMA LAIN GUNA SURAU UNTUK BERIBADAT

Surau digunakan penganut agama lain beribadat

SENAI - Kesucian agama Islam di negara ini terus diperkotak-katikkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga memuncakkan kemarahan umat Islam.

Selepas beberapa kes membabitkan penghinaan kepada umat Islam menerusi lama sosial, Facebook, kini pihak tertentu semakin berani menggunakan surau sebagai tempat penganut agama lain beribadat.


Surau digunakan penganut agama lain.
BERITA & GAMBAR PENGANUT AGAMA LAIN GUNA SURAU UNTUK BERIBADAT


Terbaru, seorang pembaca  Sinar Harian menerusi layangan e-mel menghantar gambar dan video berdurasi 45 saat yang menayangkan tindakan sekumpulan penganut agama bukan Islam menggunakan surau terletak berhampiran salah sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, untuk beribadat.

Dalam gambar dan video tersebut, kumpulan terbabit yang keseluruhannya memakai pakaian berwarna putih ditemani seorang sami seakan berdoa ke arah tempat ibadat mereka yang diletakkan di mimbar surau.

Rata-rata pengunjung khususnya beragama Islam yang berada di lokasi terbabit bukan sahaja terkejut malah rasa terguris dengan tindakan dan perbuatan kumpulan berkenaan.

Pembaca prihatin yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Fawwaz, 41, mengakui terkejut dengan kelakuan selamba kumpulan itu menggunakan surau untuk upacara agama mereka.

“Ketika bersiar-siar bersama keluarga di lokasi berkenaan sekitar jam 2.30 petang, saya terkejut apabila kedengaran bunyi loceng dari arah surau tersebut.

“Apabila ditinjau, saya bersama beberapa individu lain terkedu melihat surau yang juga tempat beribadat umat Islam diperlakukan sebegitu rupa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Abu Fawwaz berkata, situasi menjadi kurang selesa apabila kumpulan penganut terbabit seperti membacakan doa menghadap tempat sembahyang yang diletakkan berdekatan mimbar.

Kemarahan mereka memuncak kerana tempat sembahyang itu diletakkan pada mimbar yang menghadap kiblat dan lebih menyedihkan apabila di atas bangunan di dalam surau tertera  kalimah suci.

“Kira-kira jam 3 petang, sekumpulan individu dipercayai orang kampung datang ke lokasi. Saya segera menghubungi pihak berkuasa kerana  bimbang berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Katanya lagi, kumpulan penganut terbabit kemudiannya meninggalkan lokasi, namun dipercayai sudah dua hari menggunakan surau itu untuk beribadat.

Menurutnya, dia ada membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili berhubung perkara ini dan berharap akan ada tindakan daripada pihak berwajib bagi mengelakkan perkara ini berulang pada masa akan datang.

“Secara jujurnya, saya berasa perbuatan kumpulan penganut ini seperti satu provokasi untuk menghina Islam. Mungkin bagi mereka (bukan Islam) ia satu perkara kecil, tetapi tidak kepada umat Islam,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment