Pages

Monday 19 August 2013

JOVIAN MANDAGIE BAKAL NIKAHI KAKAK PENYANYI DAFI, SABRINA ISMAIL SABRI

Setelah menyulam cinta lebih kurang dua tahun, Jovian akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi Nina yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Dafi Ismail Sabri pada Disember ini.

JOVIAN MANDAGIE BAKAL NIKAHI KAKAK PENYANYI DAFI, SABRINA ISMAIL SABRI


Jovian Mandagie Nikahi Nina Ismail Sabri Disember ini


Hubungan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie bersama Sabrina Ismail Sabri (Nina) bukan lah rahsia apabila masing-masing tidak menyorok hubungan percintaan mereka yang terpampang di laman sosial Instagram.

Malah, hubungan mereka itu turut direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Setelah menyulam cinta lebih kurang dua tahun, Jovian akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi Nina yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Dafi Ismail Sabri pada Disember ini.

Menurut laporan Harian Metro, tarikh pernikahan mereka  sebenarnya telah dirancang lebih awal namun disebabkan jadual yang padat serta tuntutan kerja, maka mereka terpaksa  memilih tarikh yang senang untuk diingati iaitu pada 11.12.2013.

Tahniah diucapkan kepada Jovian dan Nina.


Astro Gempak

No comments:

Post a Comment