Pages

Friday 2 August 2013

VIDEO SAMBUT RAYA BERSAMA ANJING: JAKIM PUTUSKAN VIDEO '1 HARI DI HARI RAYA' MENGHINA ISLAM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim  memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).


Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Jamil Khir Baharom


PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim  memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
   
Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata SKMM akan merujuk kepada Jakim mengenai video itu sebelum membuat sebarang keputusan.
   
Ahmad Shabery berkata kes itu akan diserahkan kepada Peguam Negara jika Jakim memutuskan ia mencemar kesucian agama.
   
Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.



Sinar Harian

1 comment:

  1. kalau ikut banyak lagi video yg boleh di tuduh sebagai menghina Islam tp sebab takde anjing orang tak highlight & tak di perbesarkan. Cuma sebab dia ni buat video dengan anjing kecoh 1 Malaysia.. Apapun cik Maznah.. mungkin cara cik salah tapi saya percaya tujuan video tu bukan untuk menghina Islam cuma mungkin video tu tak sesuai untuk di kongsi dengan umum sebab menganggu sensitiviti umat Islam kat Malaysia.

    ReplyDelete