Pages

Sunday 18 August 2013

KANAK-KANAK PEREMPUAN DIDERA IBU BAPA KRITIKAL

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional Perak, Datuk Rusnah Kassim berkata kanak-kanak itu dimasukkan ke unit berkenaan sejak awal pagi Jumaat lepas dan pihak hospital memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Kanak-kanak malang yang dipercayai menjadi mangsa dera.

Kanak-kanak didera kritikal

IPOH - Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai didera ibu bapanya dilapor berada dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada mesin bantuan hayat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
   
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional Perak, Datuk Rusnah Kassim berkata kanak-kanak itu dimasukkan ke unit berkenaan sejak awal pagi Jumaat lepas dan pihak hospital memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan yang membimbangkan.
   
"Terguris hati saya melihat keadaan kanak-kanak ini. Laporan daripada doktor mengenai keadaan kanak-kanak ini juga tidak menggalakkan kerana banyak kecederaan yang dia alami," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak tersebut.
   
Beliau berkata abang mangsa yang berumur lapan tahun serta adik lelakinya yang berumur dua tahun kini berada di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Kangsar sejak Jumaat lepas sehingga siasatan ke atas ibu bapanya selesai dijalankan.
   
Mangsa dihantar ke HRPB oleh anggota keluarganya dan pemeriksaan doktor ke atasnya mendapati terdapat luka di muka, kepala dan badannya yang dipercayai akibat dipukul dengan rotan.
   
Sehubungan itu seorang lelaki berumur 39 tahun dan wanita berumur 30 tahun dari Menglembu yang dipercayai terbabit dalam kes penderaan itu telah ditahan reman.
- Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment