Pages

Saturday 3 August 2013

JANGAN LUPA TONTON DRAMA SETIA HUJUNG NYAWA RAYA KHAS

Setia Hujung Nyawa Raya khas terbitan Suhan Movies ini bersiaran pada 7 Ogos pada jam 9.15 malam di TV3.


Drama Setia Hujung Nyawa kembali
Zain menjaga El ketika El sedang sarat hamil. - Foto ihsan TV3


Drama Setia Hujung Nyawa kembali



DRAMA bersiri Setia Hujung Nyawa yang pernah mencetuskan satu fenomena pada awal tahun ini bakal kembali lagi khas sempena Syawal ini.

Setia Hujung Nyawa Raya khas terbitan Suhan Movies ini bersiaran pada 7 Ogos pada jam 9.15 malam di TV3.

Jika sebelum ini penonton disajikan dengan pengakhiran bahagia antara Elsalina Imani (El) lakonan Nelydia Senrose dan Zain Hakimi (Zain) dilakonkan Amar Asyraf, kali ini, kisah rumah tangga mereka yang berantakan akibat cemburu pula diangkat.

El yang sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung.

Pantang Zain silap cakap, pasti El akan merajuk berjam-jam. Zain hanya mampu bersabar meskipun dia geram kerana dilayan seperti pembantu rumah.

Selepas ibu bapa El dan Zain pergi menunaikan Umrah, Zain dan EL membuat keputusan untuk pulang ke kampung Zain.

Dari situ, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisara muncul dalam kehidupan mereka.

Saksikan bagaimana kesudahan kisah cinta El dan Zain melalui Setia Hujung Nyawa Raya, minggu depan.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment