Pages

Saturday, 9 February 2013

DI SEBALIK WAJAH SEDIH SHILA AMZAH...


Drama percintaan penya­nyi, Shila Amzah dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang dikatakan tidak mendapat restu bapa Shila, penyanyi dan pengacara, ND Lala masih hangat dibualkan dalam industri hiburan. 
- Gambar Carian Google Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad-
Pendirian tegas ND Lala serta kenyataan yang dikeluarkan Sharnaaz dan Shila melalui media menjadikan kisah mereka ini semakin sensasi dan berbelit. 
Shila pula sejak pulang menjalani rakaman di China baru-baru ini dikatakan belum menghubungi Sharnaaz sama ada bertanyakan kontroversi itu atau bertanya khabar. Namun Shila ada menulis status dilaman Twitter. 

Shila yang tertekan dikatakan sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga dan juga Sharnaaz.

Namun, pagi semalam stesen radio Hot FM me­nyiarkan ke seluruh negara luahan rasa sedih Shila terhadap masalah itu. Rakaman yang dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik Shila antara lain turut menyatakan rasa rindu terhadap ibu bapanya.

Video itu memaparkan Shila yang berbaju dan bertudung serba putih dengan wajah yang sugul dan sedih berikutan konflik itu. 


SS memang kasihan de­ngan mereka ini. Pastinya Shila tertekan dan serba salah kerana dia menyayangi kedua-duanya. 


Apapun, SS harap masalah ini dapat diselesaikan. Jika dilihat keadaan sekarang, setiap keputusan yang diambil pasti akan mengecewakan satu pihak. Namun ia perlu dilakukan dan mereka perlu tabah dengan keputusan yang diambil. 


SS dimaklumkan, ibu Sila, Fauziah Sarman tidak sihat dan baru-baru ini, pengsan tiga kali di rumah kerana tertekan dan terlalu sedih. Harap semuanya akan kembali pulih. 



SS: Sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka.- myMetro

Video YouTube Ombak Rindu - Shilla Amzah

No comments:

Post a Comment