Pages

Sunday 10 February 2013

PESERTA PROGRAM JELAJAH FRANCAIS 1MALAYSIA DITAWAR PEMBIAYAAN

“Mereka yang menyertai program ini mendapat kemudahan pinjaman untuk memulakan perniagaan dengan bantuan mikro kredit serendah RM50,000 melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNB),” katanya.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) bersama Sohaimi ketika gimik perasmian Program Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu di Besut.


Rebut peluang sertai francais


BESUT - Peserta Program Jelajah Francais 1Malaysia bakal menikmati kemudahan pembiayaan kewangan terus tanpa cagaran sekiranya ingin menjalankan perniagaan dalam bidang francais di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Jelajah Francais 1Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sejak dilancarkan tahun lalu, 5,000 orang menyertai  program ini.


Menurutnya, daripada jumlah itu, 100 orang telah menghantar permohonan untuk menyertai perniagaan sistem francais.

“Mereka yang menyertai program ini mendapat kemudahan pinjaman untuk memulakan perniagaan dengan bantuan mikro kredit serendah RM50,000 melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNB),” katanya.

Sohaimi berkata, tujuan utama program itu untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda menceburi perniagaan francais.

“Kita juga galak penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta menjadikannya platform perniagaan dan pendedahan akan diberikan kepada golongan ini melalui program My Francais At College,” katanya.

Beliau berkata, Terengganu adalah negeri kedua terakhir siri jelajah ini sebelum program terakhir di Sabah selepas ini.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment