Pages

Wednesday 20 February 2013

CUEPACS : MAHU ELAUN KHAS PEMANDU BOMBA

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, tanggungjawab anggota bomba bukan sekadar memadam kebakaran malah mereka ditugaskan memandu jentera bomba mengikut giliran.

Omar Osman
Datuk Omar Osman


- Cuepacs mahu elaun khas pemandu bomba -


GEORGETOWN - Cuepacs mencadangkan agar kerajaan mewujudkan skim elaun khas untuk pemandu jentera bomba di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, tanggungjawab anggota bomba bukan sekadar memadam kebakaran malah mereka ditugaskan memandu jentera bomba mengikut giliran.

"Mereka ini buat dua kerja dalam satu masa. Pemandu kenderaan bomba terdiri daripada pegawai bahagian lain yang terpaksa melakukan tugas itu, jadi wajarlah mereka dibayar elaun khas.

"Jadi kita harap kerajaan teliti cadangan ini secepat mungkin supaya pengumuman mengenainya dapat dibuat pada tahun ini juga," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba Bayan Baru hari ini.

Dalam perkembangan lain, Cuepacs meminta kerajaan mengekalkan institusi perbendaharaan sebagai badan yang mengurus pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

"Sehingga kini, kita tak dipanggil untuk taklimat kerana kita tak tahu sistem apa nak diguna pakai oleh pihak bank, dan kita tidak mahu timbul masalah berbangkit nanti," katanya.

Cuepacs turut meminta kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan dari empat kepada satu peratus kerana terlalu tinggi bagi penjawat awam yang berkhidmat kurang 10 tahun dan bergaji di bawah RM3,000.

Beliau berkata, lebih 30 tahun kadar itu tidak dikaji, dan ia tidak lagi relevan kerana harga rumah semakin melambung pada masa ini.

Selain itu, Omar menggesa kerajaan melantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu dengan segera selepas perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah ditamatkan sejak 1 Julai lepas.

"Saya menerima banyak SMS daripada penjawat awam berhubung isu ini.

Seseorang perlu dilantik segera supaya kami ada ketua di sektor perkhidmatan awam, selain Ketua Setiausaha Negara," katanya. - Bernama


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment