Kejadian hujan meteor atau hujan tahi bintang yang berlaku di Rusia hingga menyebabkan 1,000 kecederaan kelmarin adalah sesuatu yang tidak dijangka.
Hujan meteor di Chelyabinsk, Moscow, kelmarin. |
- Pertembungan batu angkasa -
TANGGAL 15 Februari menjadi tarikh penting buat Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan akademi sains antarabangsa dalam memberi kesan terhadap risiko pendaratan objek cekerawala.
Kejadian hujan meteor dan Asteroid 2012 DA14 menghampiri bumi berlaku selang kira-kira 10 jam antara satu dengan lain. Dipercayai juga fenomena itu memberi kesan kepada pembangunan manusia sekali gus menimbulkan kebimbangan dan kebingungan orang ramai.
Kejadian hujan meteor atau hujan tahi bintang yang berlaku di Rusia hingga menyebabkan 1,000 kecederaan kelmarin adalah sesuatu yang tidak dijangka.
Pakar-pakar di Universiti Southampton Rusia melaporkan, pada jangkaan awal, fenomena itu hanya akan berlaku jauh dari kawasan penempatan atau perniagaan.
Sebaliknya, pada kejadian 9.20 pagi (waktu tempatan) kelmarin, objek angkasa yang berapi-api itu mengenai bangunan dan kediaman.
Fenomena sama pernah berlaku di daerah Muju, 300 kilometer, barat daya Seoul, Korea Selatan pada 19 November 19, 2001. Namun ia tidak menyebabkan kemusnahan atau kecederaan.
Pada 2009, Nicholas Bailey membuat andaian bahawa kedudukan Rusia di tempat kedua paling berkemungkinan untuk mengalami kerosakan selepas China dan Amerika Syarikat (AS).
Beberapa bandar musnah akibat hujan meteor. |
Kajian sama pernah diterbitkan pada 2007, dengan menyenaraikan AS, China, India, Japan, Filipina, Itali, Britain, Brazil, Nigeria dan Indonesia bakal menerima kesan sama seperti Rusia.
Bagi kesan pendekatan asteroid 2012 DA14 dengan bumi pula, Nasa dalam laporan rasminya menyatakan ia tidak memberi sebarang kesan.
“Fenomena hujan meteor di Rusia adalah berbeza dengan kehadiran Asteroid 2012 DA14 mendekati bumi dan kedua-duanya tidak mempunyai kaitan,” menurut laporan itu.
Hujan meteor di Rusia
Kejadian hujan meteor atau hujan tahi bintang selaju 54,000 kilometer (km) sejam meletup di udara daerah Chelyabinsk, 1,500 km ke timur Moscow dan merebak ke sebuah empangan di luar bandar Cherbakul 9.20 pagi (waktu tempatan).
Tahi bintang seberat 11 tan itu melalui kawasan pergunungan Ural, Russia dan meletup pada ketinggian 30 hingga 50 kilometer di udara.
Akademi Sains Russia melaporkan, letupan itu menyebabkan bayak kaca pecah di banyak tempat selepas letupan besar itu menggegarkan premis kediaman dan perniagaan dan menggagu rangkaian telefon mudah alih.
Lubang besar ditemui akibat daripada hujan meteor. |
Seorang penduduk Chelyabinsk, Valya Kazakov berkata, ada juga beberapa wanita tua dekat rumahnya mula menangis kerana percaya dunia kiamat.
“Kami nampak satu letusan besar cahaya dan keluar rumah untuk menentukan apa sebenarnya berlaku dan dengar bunyi dentuman kuat,” katanya.
Agensi berita tempatan pula memetik, pihaknya menemui sebuah lubang besar enam meter lebar di tempat beberapa serpihan mengenai bumi.
Sementara itu, laman web pihak berkuasa Rusia meminta penduduk supaya jangan mendekati sebarang objek yang dipercayai serpihan tahi bintang.
“Kementerian Kecemasan Rusia memberi amaran kepada penduduk di kawasan pergunungan Ural supaya tidak mendekati objek yang tidak dikenali,” menurut kenyataan itu.
Asteroid hampiri bumi
Sebuah asteroid sebesar kolam renang Sukan Olimpik sedang menghampiri bumi pada jarak kira-kira 27,700 kilometer, antara jarak terdekat pernah diramalkan bagi objek bersaiz demikian.
Nasa menjangkakan ia berlaku antara semalam hingga hari ini sekitar jam 7.25 malam.
Ia jauh lebih dekat berbanding dengan satelit geosynchronous dari orbit bumi tetapi tidak berdepan dengan risiko perlanggaran.
Asteroid itu mampu dilihat dalam keadaan gelap menggunakan teleskop.
Alan Fitzsimmons dari Universiti Queens Belfast memberitahu, asteroid sebesar kolam renang itu tiada kaitan dengan kejadian yang menimpa Rusia kelmarin sebaliknya ia hanya kosmik secara kebetulan muncul.
“Asteroid akan mengorbit matahari dalam tempoh 368 hari iaitu tempoh yang sama bagi tahun di bumi tetapi ia tidak akan mengorbit melalui satah yang sama seperti bumi. Ia bagaimanapun bakal menjunam ke arah timur Lautan Hindi dan boleh disaksikan dari Eropah Timur, Asia dan Australia,” katanya.
Beberapa saintis berkata, Asteroid 2012 DA14 bakal mendarat ke bumi lalu menyebabkan kerosakan 1,000 kali ganda lebih teruk daripada bom atom seperti di Hiroshima pada perang dunia ke dua.
“Dua peristiwa kebetulan berlaku dan objek bergerak dalam arah yang bertentangan,” kata mereka.
Pendaratan asteroid ini juga dipercayai menyebabkan dinosaur lenyap pada 65 juta tahun lalu.
Namun, jika ia mendarat ke bumi, ia mampu menyebabkan kerosakan besar kerana asteroid akan membebaskan logam seberat 143,000 tan, membebaskan tenaga bersamaan 2.4 juta tan dan mengelap 750 km persegi.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment