Pages

Wednesday 20 February 2013

GIAT MARA SASAR 5 RIBU - 8 RIBU PELATIH BARU

Beliau berkata, Giat Mara tidak meletak syarat ketat kepada mereka yang ingin mengikuti kursus atau latihan kemahiran di pusat itu, dan permohonan masih dibuka kepada individu berumur antara 17 hingga 40 tahun.




- Giat Mara sasar 5,000 hingga 8,000 pelatih baru -


RAUB - Giat Mara menyasar untuk melatih antara 5,000 hingga 8,000 pelatih baru tahun ini, kata pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab Moin.
Beliau berkata, Giat Mara tidak meletak syarat ketat kepada mereka yang ingin mengikuti kursus atau latihan kemahiran di pusat itu, dan permohonan masih dibuka kepada individu berumur antara 17 hingga 40 tahun.
"Apa yang penting adalah mereka berminat untuk mendapatkan latihan kemahiran di pusat tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba kepada pelajar sekolah sekitar daerah ini, hari ini.
Shahiruddin juga berkata Giat Mara menyediakan 39 kursus kemahiran di 259 pusat di seluruh negara seperti pertukangan, pembaikan jentera, katering, jahitan dan kimpalan.
Katanya, selain elaun RM200 sebulan, pelatih menerima sijil selepas tamat latihan dan diberi keutamaan mendapatkan pinjaman jika ingin membuka perniagaan. - Bernama

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment