SMS itu berbunyi: 'We have received some serious death threats that have said they will stop Psy at all cost in airport and hotel in Penang. Please inform the government to please be vigilant. The show will go on. Please Help. Thank You”.
PARK JAE SANG |
- Polis akui terima SMS ugutan bunuh PSY -
TASEK GELUGOR - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengakui wujud ugutan jenayah terhadap penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang atau Psy ketika hadir ke negeri ini minggu lepas.
Ugutan bunuh diterima melalui SMS oleh pengurusnya, Dan menjadi penyebab penyanyi itu tidak hadir bersama pemimpin Barisan Nasional dalam acara ‘yee sang’ pada Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.
SMS itu berbunyi: 'We have received some serious death threats that have said they will stop Psy at all cost in airport and hotel in Penang. Please inform the government to please be vigilant. The show will go on. Please Help. Thank You”.
“SMS itu dipanjangkan kepada kita pada jam 8.30 malam 10 Februari lalu sehari sebelum kedatangan Psy ke negeri ini dan kita mengambil tindakan segera dengan meletakkan 11 pegawai untuk mengawasi keselamatan dirinya sepanjang berada di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai pengesahan wujudnya ugutan bunuh itu sepertimana yang didakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Ketua Menteri, Lim Guang Eng dan menganggap ia kenyataan berbaur politik dan boleh mencetus polemik kerana menggambarkan negeri ini tidak selamat dikunjungi.
Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat dalam kes berkenaan.
“Kita sedang kumpul maklumat dan menjalankan siasatan untuk kenal pasti mereka yang terlibat dan saya percaya kita akan mampu selesaikannya,” katanya.
Sementara itu mengulas kes dua tahanan, Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang masih gagal dikesan selepas meloloskan diri ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth, 7 Januari lalu beliau berkata gerakan memburu mereka masih diteruskan.
“Berdasarkan maklumat diterima, mereka dikatakan bersembunyi di beberapa kawasan bagi mengelak ditahan polis dan tidak lagi berada di sekitar daerah Permatang Pauh, tempat persembunyian sebelumnya.
“Kita meneruskan Operasi Kesan Gelugor melalui kerjasama dengan kontinjen-kontinjen di negeri lain bagi menjejaki mereka kerana percaya mereka berada di negara ini lagi kerana tidak mempunyai akses untuk melepasi sempadan negara,” katanya.
Dua tahanan itu meloloskan diri bersama tujuh tahanan lain ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lagi anggota sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak dan menunggu masa untuk menahan mereka.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment