Baucar tersebut boleh ditebus di 128 cawangan runcit Giant seluruh Malaysia dengan tempoh sah selama setahun.
- Ganjaran kepada pelanggan pra bayar -
U Mobile Sdn Bhd akan memberikan baucar tunai Giant kepada pelanggannya apabila membeli kad tambah nilai di semua kedai U Mobile dan pengedar sah seluruh negara sebagai ganjaran sempena musim perayaan ini.
Bermula 7 Februari lalu, pelanggan yang membeli pek tambah nilai pra bayar U Mobile RM100 akan mendapat baucar tunai Giant bernilai RM10, manakala untuk pembelian kad tambah nilai RM70 (satu RM50 dan dua RM10) akan menerima baucar RM5.
Baucar tersebut boleh ditebus di 128 cawangan runcit Giant seluruh Malaysia dengan tempoh sah selama setahun.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jaffa Sany Ariffin berkata, inisiatif ini adalah sebahagian usaha syarikat untuk menawarkan nilai tambah kepada pelanggan pra bayar kerana memilih U Mobile sebagai pilihan.
“Kami memanfaatkan hubungan bersama Giant di mana kami telah bekerjasama menawarkan pek SIM pra bayar di semua cawangan Giant, untuk memberi ganjaran kepada mereka yang telah memberi sokongan padu selama ini.
“Ini juga membuktikan komitmen kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti pada kadar berpatutan. Malah, ia juga bertepatan dengan musim perayaan dan kami yakin baucar ini adalah lebih bermakna bagi mereka yang meraikan Tahun Baru Cina,” katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment