Pages

Sunday 10 February 2013

CHEF RIZ BERCINTA DENGAN MAK JEMAH??

“Saya kini sedang mencuba mencari  kebahagiaan dalam hubungan. Mak Jemah memang penyayang dan banyak membantu saya meneruskan kehidupan selepas bercerai,” jelasnya.



 Chef Riz
Chef Riz

Chef Riz temui pengganti?


Selepas berpisah dengan pelakon Ana Dahlia, Chef Mohd Nadri Redzuawan atau Chef Riz mengakui sedang mengenali seorang wanita yang digelar Mak Jemah.

“Kami berkenalan ketika menjayakan satu program di Johor Bahru.

"Malah dia turut membawa saya berjalan-jalan di sekitar bandar raya Johor Bahru,” kata Riz.
Dalam pada itu, Chef Riz tidak menolak bahawa Mak Jemah banyak mengubati lukanya yang baru saja mengalami dilema penceraian.
“Saya berminat berkawan dengannya kerana minat dia dalam bidang masakan. Malah dia sentiasa bantu saya setiap kali rasa tidak bersemangat.
“Saya kini sedang mencuba mencari  kebahagiaan dalam hubungan. Mak Jemah memang penyayang dan banyak membantu saya meneruskan kehidupan selepas bercerai,” jelasnya.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment