Difahamkan, Femes Bazaar akan dilangsungkan buat kali ketiga tidak lama lagi. Sempena Hari Belia Negara yang bakal disambut pada 23 hingga 26 Mei nanti di Putrajaya, orang ramai boleh merasai kemeriahan di tapak Femes Bazaar yang bakal didirikan berdekatan Menara Ikhlas iaitu di sebelah Istana Kehakiman.
KARL SHAFEK menjual koleksi pakaian, biskut cip coklat dan durian crepe.- Ruang artis dan blogger pamer produk - |
SUDAH menjadi kebiasaan, medan selera Rasta yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur tidak putus-putus menerima kunjungan daripada pengunjung yang rata-ratanya dari sekitar Lembah Klang.
Pelbagai sajian istimewa terutama masakan kampung sehingga hidangan dari Barat merupakan salah satu daya tarikan pengunjung ke medan selera tersebut.
Penganjuran Femes Bazaar telah memberi satu lagi nafas baharu dalam menceriakan suasana di lokasi tersebut yang sering menjadi destinasi golongan muda untuk menjamu selera.
Bermula dengan penganjuran sulung pada 29 dan 30 Disember tahun lalu, sambutan yang diterima daripada pengunjung amat menggalakkan sehingga pesta jualan hujung minggu itu dilangsungkan buat kali kedua pada 2 dan 3 Februari lalu.
Pelbagai kelengkapan fesyen yang menjadi trend semasa dijual oleh sebanyak 60 peniaga yang aktif di laman Facebook.
Tambah menarik, barisan artis tempatan yang mempunyai label pakaian mereka sendiri turut terlibat dalam mempromosikan label mereka kepada peminat.
Fesyen terkini
Penganjur Femes Bazaar, Yusmarul Ariff Khusni, 27 memberitahu, bazar yang buat julung-julung kali diadakan itu mampu memberi idea kepada golongan muda mengenai hal ehwal fesyen terkini yang sedang melanda masyarakat muda dewasa ini.
“Pemilihan nama Femes Bazaar juga merupakan salah satu cara promosi saya kepada pengunjung. Dengan nama bazar yang menarik ini pasti mudah untuk golongan muda untuk mengingati bazar ini.
“Aktiviti seperti ini juga merupakan salah satu platform untuk peniaga dalam talian untuk menonjolkan diri mereka di khalayak ramai kerana mereka sememangnya mempunyai pengikut di laman Facebook,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di bazar itu baru-baru ini.
Antara jenama fesyen tempatan yang popular di laman Facebook yang menyertai bazar tersebut ialah Fyfa, Cindy Colours, Garden Paisley, You, Me dan Shoes dan Colours In Hijab.
REKAAN jam tangan yang menjadi trend anak muda juga boleh dibeli di Femes Bazaar. |
Tambah Yusmarul, fesyen yang ditampilkan pada setiap jenama bukan hanya untuk golongan muda, malah bersesuaian dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Koleksi peribadi
Bersesuaian dengan nama bazar itu, tidak lengkap jika ia tidak disertai oleh golongan artis terkenal tempatan. Ternyata ramai artis turut mempromosikan barangan keluaran mereka antaranya ialah Kilafairy, Sazzy Falak dan Faralyna Idris.
Bagi pengacara dan pelakon, Karl Shafek, tidak ketinggalan mempromosikan koleksi barangan miliknya untuk dijual kepada peminat.
“Ada pakaian saya yang hanya dipakai sekali turut dijual di bazar ini. Ini merupakan cara saya mengosongkan almari pakaian di rumah. Harga yang ditetapkan juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan harga pasaran.
“Rekaan baju T kolaborasi saya dan pereka fesyen tempatan, Fairuz Ramdan, yang diberi nama Mistio Vintage juga menjadi produk terbaharu yang ingin saya kongsi bersama peminat,” ujarnya.
FARAH mencuri perhatian pengunjung wanita dengan koleksi hijab moden. |
Selain itu, Karl turut menjual biskut cip coklat dan durian crepe yang dihasilkan mengikut cita rasanya sendiri untuk sama-sama dirasai para pembeli.
Rekaan hijab gaya moden turut mencuri perhatian para pengunjung sebagai contoh jenama Garden Paisley.
Pemiliknya, Farah Adeelia, 22, memberitahu, penyertaannya dalam bazar tersebut membuka ruang kepadanya untuk mempromosikan jenamanya itu kepada pasaran yang lebih luas.
“Hijab dan pakaian jenama Garden Paisley menggunakan kain yang diimport dari luar negara. Sesuai dengan kualitinya, kebanyakan produk saya dijual pada harga RM25 ke atas,” jelasnya.
Difahamkan, Femes Bazaar akan dilangsungkan buat kali ketiga tidak lama lagi. Sempena Hari Belia Negara yang bakal disambut pada 23 hingga 26 Mei nanti di Putrajaya, orang ramai boleh merasai kemeriahan di tapak Femes Bazaar yang bakal didirikan berdekatan Menara Ikhlas iaitu di sebelah Istana Kehakiman.
Kosmo
meriah.. meriah.. hehe
ReplyDeleteJom join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan terawal akan dapat 1pcs Sticker Fridge Magnet / 1pcs Button Badges dari @Cenderahati Akamika Gift. Dan rebut hadiah2 menarik yang lain.. ^_^
http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html