Kemanjaan serta sifat romantiknya dalam siri berkenaan pastinya paling dirindui peminat apatah lagi dia sangat bersatu dengan heroin, Nelydia Senrose menghidupkan kisah percintaan itu.
Amar Asyraf |
- 'Romantik saya kasar' -
Sebelum ini namanya sekadar berlegar di mulut pencinta drama dan jika ditanya drama lakonannya, pasti ada yang menggaru kepala. Dibandingkan dengan pelakon baru lain, dia tidaklah dikenali sangat pun.
Namun Amar Asyraf, 27, sedikit pun tidak terkesan dan terus mencurahkan bakat dalam lapangan impiannya iaitu berlakon. Dalam tempoh tiga tahun, usahanya tidak pernah berkurang malah semakin berkobar di set penggambaran.
Akhirnya, nasib Amar berubah sekelip mata apabila lakonannya sebagai Zain Hakimi dalam drama Setia Hujung Nyawa mencetus fenomena. Namanya terus jadi sebutan dan terkesan daripada lakonan cemerlangnya itu, lantas membuka mata peminat terhadapnya.
Jika sebelum ini dia boleh menjamu selera di kedai makan dengan ‘aman’ namun kini tidak lagi gara-gara dilimpahi populariti tempias daripada drama berkenaan.
Jika sebelum ini dia boleh menjamu selera di kedai makan dengan ‘aman’ namun kini tidak lagi gara-gara dilimpahi populariti tempias daripada drama berkenaan.
Pernah membintangi drama Nilapura dan Dalam Hati Ada Taman, Setia Hujung Nyawa benar-benar menjadi drama keramat apalagi impaknya masih boleh dirasakan sehingga kini meskipun sudah tamat siaran.
Mendengar sendiri pengalaman ‘baru’ itu, Amar jelas terkejut dengan penerimaan hebat demikian dan masih menyesuaikan diri berhadapan populariti yang menerpanya.
“Saya masih rasa seperti bermimpi kerana selama kira-kira tiga tahun menjadi pelakon, tidak pernah meraih perhatian sebegini. Kalau sebelum ini, apabila saya keluar ke mana-mana tidak ramai pun kenal.
“Namun sekarang ini, ada saja peminat yang akan menegur dan mengambil gambar apabila terserempak dengan saya. Pelbagai reaksi juga saya dapat di laman sosial termasuklah Twitter kesan daripada siri berkenaan,” katanya terharu.
Kemanjaan serta sifat romantiknya dalam siri berkenaan pastinya paling dirindui peminat apatah lagi dia sangat bersatu dengan heroin, Nelydia Senrose menghidupkan kisah percintaan itu.
Mengenali sifat Amar yang cukup sopan, kelakar dan senang didekati, dia bagaimanapun mengakui cabaran terbesar sebenarnya adalah menonjolkan karakter romantik itu sendiri.
“Mungkin ramai yang ingat saya seperti melakonkan karakter sebenar saya di luar namun bukan senang untuk menjadi romantik. Kadang-kadang, agak lama juga saya hendak dapat ‘feel’ menjadi romantik sebegitu dan memang kelakar.
“Saya akui dalam kehidupan sebenar pun saya memang ada sifat itu juga. Cuma, cara saya lebih kepada romantik yang kasar,” kata anak jati Melaka itu.
Bukan pada penerimaan peminat saja, Amar ternyata kini menjadi buruan ramai produser impak daripada drama yang mendapat ‘rating’ sebanyak empat juta penonton pada episod penamatnya.
Kejayaan itu sekali gus menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus berjuang dan bersyukur tawaran demi tawaran hadir ketika ini.
“Tidak mahu riak namun saya gembira kerana jadual padat penggambaran padat sehingga Jun nanti. Ternyata drama ini benar-benar buka mata ramai pihak dan tidak ketinggalan, lebih peluang.
“Permulaan tahun 2013 sangat manis buat saya dan dengan peluang terkangkang luas itu, saya juga mahu ‘all-out’ tahun ini,” katanya yang bakal tampil dalam slot Azalea TV3 menerusi siri Sujud Di Bawah Langit pula selepas ini.
Teater masih di hati
Berada di kemuncak kerjayanya sekarang, graduan Diploma Seni Pengarahan dan Lakonan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu juga memutuskan untuk mula memilih skrip mulai sekarang.
Baginya, kualiti produk dan mutu lakonan itulah yang perlu dijaganya sekarang memandangkan peminat semestinya mengharapkan lebih selepas ini.
“Kini saya sedang meniti kemuncak kerjaya saya di mana orang sudah mengenali dan tahu produk saya. Semestinya mereka akan ternanti-nanti apa lagi yang mampu saya lakukan selepas ini.
“Disebabkan itulah saya rasa tiba masanya untuk lebih berhati-hati menerima tawaran dan perlu mempertimbangkan banyak perkara. Saya mahu pastikan persembahan saya semakin bagus dan bagus selepas ini,” katanya.
Cekal memperjuangkan industri teater, Amar juga tidak akan menjadikan alasan sibuk di lokasi penggambaran untuk menyisihkan aktiviti berkenaan. Juga bukan nama asing di pentas itu, kecintaannya terhadap teater juga tidak pernah berubah.
“Sejak di Aswara lagi saya sudah bermula dengan teater dan cukup melekat di hati saya. Meskipun nanti saya lebih sibuk di lapangan komersial namun tidak sekali saya akan tinggalkan teater,” katanya.
Pernah menghasilkan teater Rugabadi, dia juga bakal tampil dalam naskhah berjudul Lelaki Dari Gua yang akan diadakan bermula 28 Februari sehingga 3 Mac nanti bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).
Harian Metro
Nota Jz : Suka lakonannya dalam Setia Hujung Nyawa..
No comments:
Post a Comment